"Saya nak Tanya, kenapa setelah dihapuskan yuran persekolahan, bayaran untuk persekolahan semakin mahal ekkk…tak paham.tak paham", tanya seorang rakan dalam satu Yahoogroups.
dipetik: hanfeitsu.blogspot
Dan, seperti yang kita di peringkat Pemuda PAS Negeri Johor jangkakan tempoh hari, memang benar-benar berlaku, iaitu isu Yuran dan Pakej Bayaran Tambahan (PBT) ini sudah pasti akan menjadi isu yang agak hangat bagi ibu bapa yang mana anak-anak mereka mulai bersekolah dua tiga hari ini.
Mungkin bagi orang muda seperti saya dan rakan-rakan lain, ramai yang tidak mengetahui isu ini. Satunya kerana kita tidak peka dengan isu-isu semasa. Keduanya adalah kita tiada anak-anak yang bersekolah. Bagi yang menguruskan persekolahan adik-adik, mungkin ada yang mengetahui isu ini.
Jadual pembayaran bagi PBT ini saya lihat berkali-kali. Sekali lihat memang ianya sedikit jika dibandingkan dengan nilai pendidikan dan pelajaran anak-anak kita. Itupun, 'nilai' yang kecil bagi saya ini semestinya tidak sama dengan mereka yang miskin dan mempunyai anak yang ramai. RM50.00 boleh menjadi satu benda yang cukup besar bagi mereka dalam kehidupan seharian. |more...|
0 comments:
Post a Comment