Adun BN bekas khadi nyanyi dangdut hiburkan mangsa banjir
Basiron Abdul Wahab
Harakahdaily
MARAN 3 Jan (Hrkh) - Para pemimpin Umno sudah menjadi "gila berkaraoke", daripada Menteri Besar hinggalah kepada anggota exconya sibuk berkaraoke menyanyi sama ada di radio mahupun di kampung-kampung yang dilawatinya.
Antara anggota Exco yang pandai berkaraoke itu adalah bertaraf ulamak dan merupakan bekas pegawai agama Islam daerah (Khadi) sebelum dilantik sebagai wakil rakyat mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit, Maran.
Ketika rakyat masih berdukacita meratapi kemusnahan harta benda akibat banjir, anggota Exco berkenaan sibuk pula berkaraoke menyambut tahun baru.
Maran adalah antara daerah yang teruk dilanda banjir, dianggarkan lebih 6,000 mangsa dipindahkan. Mereka masih terkejut dan sedih serta menanggung kerugian dan harta benda.
Menurut Adun Luit, Ustaz Dato' Mohamad Munawar Abdul Jalil kemusnahan harta benda mangsa banjir di Maran dianggarkan berjumlah RM100 juta.
Beliau berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan pusat dapat menghulurkan bantuan wang kepada mangsa banjir bagi membantu meringankan beban mereka.
Berucap merasmikan Balai Penerangan Kampung Bukit Batu, beliau berkata rakyat harus beryukur kerana negara ini aman tidak seperti negara lain seperti Pakistan, Palestin dan lain-lain.
Bagaimanapun selepas berucap demikian penduduk diajak berhibur dengan persembahan karaoke yang dimulai oleh semua ketua kampung yang hadir.
Munawar sendiri menyanyikan dua lagu dangdut untuk menghiburkan penduduk kampung.
Ramai berpendapat kehidupan bekas khadi itu sudah jauh tersasar kerana pada masa lalu dia memberi nasihat agama kepada rakyat tetapi hari ini dia datang untuk menyanyi pula.
"Dia benar-benar sudah berubah," ujar penduduk. - mns
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
47 minutes ago
0 comments:
Post a Comment