Kalau ada yang masih bertanya kenapa 'JERUNG' tidak ditangkap rasuah. Hah ini jawapannya. Ikhlas dari Perdana Menteri, Dollah Badawi, Imam Hadhari.
BPR tekad banteras ‘ikan bilis’
Berita Haruan
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertekad menghapuskan rasuah jalanan atau rasuah ‘ikan bilis’, bagi memulihkan imej negara terutama di kalangan pelancong asing dan pendatang tanpa izin menerusi pelbagai cara, termasuk mengadakan kempen kesedaran.
Pengarah BPR Wilayah Persekutuan, Moh Samsudin Yusof, berkata secara umumnya, pihaknya banyak menerima maklumat mengenai kes rasuah jalanan.
Sehubungan itu, katanya, kerjasama semua pihak, terutama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat dan sebagai saksi diperlukan dalam menangani rasuah jalanan.
“Kebanyakan kes rasuah jalanan atau ‘ikan bilis’ berlaku di kaunter awam, sehubungan itu orang ramai diminta untuk tampil sebagai saksi untuk memudahkan kes diselesaikan.
“Kita juga akan mempergiatkan kempen kesedaran mengenai rasuah di kalangan penjawat awam, terutama mereka yang sering berurusan dengan orang ramai termasuk pelancong asing,” katanya selepas majlis penyerahan tugas di sini, semalam.
No2umnO - JERUNG bakal terus mewah dengan rasuah
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment