KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 3, 2008

MALAYSIA TERUS USAHA DAN BERDO'A

"Ini bertambah buruk disebabkan akhbar. Akhbar sentiasa melaporkan bahawa Dr Chua ialah pencabar terhadap timbalan presiden, terhadap presiden.

"Akhbar membantu membunuh karier politik saya, secara jujur... jadi kebenaran ialah mata pena itu lebih tajam daripada pedang," kata beliau.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Dr Chua, seorang doktor perubatan, berkata beliau tidak berapa senang dengan "sikap sesetengah pemimpin dalam politik" tetapi ini tidak penting lagi kerana ia telah menjadi sejarah.

Ditanya jika beliau tahu musuh politiknya, Dr Chua menjawab dengan cepat dan tajam: "Orang yang berprasangka buruk dengan saya ialah orang yang akan mendapat kejayaan daripada berprasangka buruk dengan saya.

"Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang kata saya angkuh tetapi saya tidak fikir saya angkuh. Saya hanya beritahu anda perkara sebenarnya," kata beliau.

Dengan memberikan nasihat kepada bakal Menteri Kesihatan, kata beliau: "Jika anda naik terlalu cepat, anda mungkin terdedah kepada spekulasi... ini adalah realiti dalam politik."

"Saya setuju apabila sesetengah orang mengatakan ini ialah Menteri Neraka, bukan kerana kerja di kementerian itu tetapi disebabkan sistem politik, tetapi jika anda bekerja keras, orang ingat anda bercita-cita tinggi dalam politik atau anda ada agenda politik," kata beliau.

Kenyataan tersebut dibuat oleh seorang Pemimpin MCA yang baru sahaja meletakkan jawatan secara terpaksa. Ungkapan yang biasa kedengaran bila pemimpin BN jatuh menggelepar hilang jawatan. Bukan saingan politik sahaja malah akhbar pun mendapat tempias kerana usaha mereka memutarbelitkan fakta, membesarkan isu dan mencari salah menurut telunjuk kuasa besar politik negara. Jelas Akhbar diakui bersubahat dari bekas pemimpin sendiri.

Jatuh yang terpaksa kerana melakukan perkara tidak bermoral disamping terjerumus di dalam dunia politik Barisan Nasional. Mungkin pada mereka ianya tidak haram tetapi sesungguhnya yang melihat bukan semuanya tidak berilmu dan tidak berotak. Itu lah politik Barisan Nasional.

Parti Barisan Nasional adalah parti keduniaan. Sesiapa yang menyertai parti itu, maka mereka perlu bersedia untuk jatuh dan menjatuhkan. Siapa pandai akan duduk atas, siapa jujur dan bodoh, dia akan terus duduk ditakuk lama atau mungkin terus gugur. Yang amanah dan bertanggung jawab, mereka tiada tempat. Dunia politik Barisan Nasional perjuangannya adalah untuk berlumba sesama mereka, mencipta harta, menonjol nama, memperolehi kekayaan dan merebut kuasa.

Tanggung jawab bukan topik hidup mereka. BN tidak membantu membuta tuli. Semuanya ada rahsia disebalik tirai. Pemimpin parti hanya akan berkongsi kekayaan untuk mereka terus berada ditampuk. Kalau sedikit perbezaan, maka berpecah dan mereka sekarang sedang menuju kehancuran. Di dalam UMNO ada banyak kem. Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti parti komponennya yang lain. Tugas mereka adalah mencari salah pemimpin seteru untuk menjatuhkan dan menaikkan gerombolan mereka. Seteru bukan pembangkang tetapi dikalangan mereka. Maka yang jahat dan berhati laknat akan terus berada di atas. Yang berniat baik dan suci, akan jatuh terlentang menyembah bumi. Tidak hairan kalau Imam pun berubah sikap, Ustazah berubah fatwa dan Ulamak pun boleh berubah rupa. Semuanya gara gara racun yang menyentap seluruh tubuh yang dikotori merubah diri. Terpedaya dengan tawaran dunia kerana keraguan tentang kekuasan Tuhan. Kalau boleh disambung "Alhamdulillah" mungkin ada yang merubahnya kepada "Alhamdupaklah".

Pembangkang bukan lah parti yang boleh mengganggu gugat mereka kerana undang undang tertakluk oleh kuasa rakus yang mereka cipta. Perlembagaan digubal dan diubah ubah untuk menyukarkan pembangkang mencantas kedudukan dan sehingga kini semuanya seperti satu lakunan yang tiada kesudahan. Pembangkang pula terus menentang didalam sistem yang tidak pernah adil. Kerana itu Pemimpin Barisan Nasional berani mencabar dan kini Rashit SPR pun bertindak serupa. Bagi mereka, Malaysia mereka yang punya.

Rakyat wajib berusaha. Sedikit kesilapan akan menjatuhkan kerajaan yang ada. Caranya adalah berdoa, berusaha dan bertawakkal. BN dan komponennya tidak dijatuhkan oleh orang lain kecuali mereka sendiri. Kita tidak tuding jari, kita tidak tonjol kepala, kita tidak tembak dada. Semuanya adalah kerana doa dan usaha.

Bila rakyat berdoa di dalam kepayahan, maka disitu akan tibanya rahmat yang tiada tolok bandingan. Barisan Nasional sudah sampai ke tahap NAZAK. Kalau ianya manusia, tahapnya terlalu kritikal dan Bacaan YASIN adalah kaedah yang paling sesuai untuk dilakukan. Kalau luka itu, ia sudah sampai potong anggota. Menggunakan anggota yang rosak itu akan merosakkan terus kesemua batang tubuh sepemilik. Persoalannya, mereka keliru anggota mana hendak dipotong dulu. Tangan kata kaki, kaki kata mata, mata kata mulut dan mulut kata lutut. Masing masing tidak mahu mengaku salah kerana mereka semua mahu menjadi anggota yang kononnya paling hebat dan paling sihat. Kerana itu Samy Vellu ubah struktur MIC kerana kononnya salah itu adalah orang lain dan bukan dirinya.

Kini luka sudah bernanah. Yang sakit tidak mengaku sakit dan akhirnya menjadi barah. Ianya seperti barah yang menyerang manusia ketika mereka lupa. Semuanya sedang bersukaan kerana kemewahaan dan peluang yang ada didepan mata. Petik jari semua ada, maka perlu apa bercerita tentang kesakitan. Akibatnya, nyawa sudah diembun embun kepala, baru hendak menyebut taubat.

Sedikit demi sedikit mereka akan lumpuh dan akhirnya jatuh. Kedaifan iman dan kemiskinan akhlak pemimpin sudah mula kelihatan. Hanya masa yang akan menentukan. Sejauh mana hebatnya kuasa manusia yang mengungguli tampuk pemerintahan duniawi dengan batasan dibandingkan kuasa Allah swt yang tiada sempadan. Manusia hanya berusaha. Usaha ke arah kebenaran atau sebaliknya, hanya cobaan untuk terus hidup. Sedangkan kebatilan akan menempah jalan yang songsang menuju kehancuran. Menolak kuasa Tuhan adalah cara untuk terus hidup tanpa nyawa yang dibekalkan. Kalau ada kaedah untuk mencipta nyawa, kerajaan akan korbankan seluruh harta dan jiwa rakyat hanya untuk mereka terus hidup. Inilah yang bakal mereka lakukan kerana otak dan iman sudah jauh dari badan.

Cekalkan hati, teguhkan semangat. Bermacam perkara akan berlaku. Sakit, pening, tangisan, cubaan dan himpitan hidup akan berterusan selagi kepimpinan kerajaan berada di bawah pengaruh Syaitan. Yang Haram menjadi Halal dan Halal menjadi HARAM. Semuanya adalah rancangan IBLIS menguasai umat. Mereka yang tidak tahan dengan semua pancaroba ini akan terus menyebelahi kerana sesungguhnya itu lah yang dijanjikan sebelum kita lahir lagi. Kurang iman kita akan kecundang. Kecundang bukan erti kematian tetapi kecundang kerana berserta dengan syaitan.

Keadaan sungguh menghimpit. Ekonomi tidak sebaik cerita. Mewah tidak seperti yang diwarta. Kehidupan tidak seselesa yang pemimpin kata. Tetapi itu langkah menutup kebodohan diri. Bersekongkol dengan mereka adalah seperti menipu seluruh umat. Segala berita yang BURUK ditutup yang BAIK didedah. Bukan kerana takut berlaku rusuhan dan kacau bilau tetapi kerana bimbang rakyat alih pandangan. Mahunya semua langkah kerajaan adalah baik dan yang berlaku adalah sebaliknya.

InsyaAllah, semua nya sudah mula terdedah. Tanya kan pada Perdana Menteri betapa peningnya kepala dengan sikap diri dan barisan kepimpinannya. Ditutup kanan, terbongkar kiri. Ditutup kiri terbongkar disisi. Selagi ditutup, ia terdedah. Disusup, is terjojol keluar. Bukan kerana kita, tetapi kerana mereka dan diri mereka sendiri. Mereka yang dedahkan kejahilan diri kerana sikap buruk dan perlombaan yang tiada penghujungnya. Kita hanya mampu BERDOA.

Bila Haram di lakukan, Jahat perbuatan dan dengki khianat memenuhi ruang otak pemikiran kepimpinan, ianya akan berlaku seperti yang kita lihat sekarang. Terus kan berdoa. Mereka hanya kalah dengan doa. Kalau berkumpul pun tidak boleh, apa lagi yang kita boleh lakukan. Tunggu pilihanraya? Selagi Rashit masih ada, selagi itu lah BN menjadi raja. Rashit sendiri pun keliru antara tanggung jawab dan amanah Tuhan. Mulut kata tidak, hati berdetup detap. Masa akan tiba, Rashit terima habuan. Yang lepas sudah selamat, masa depan, siapa yang tahu. Bila usia sudah tua, dosa bertampuk tidak terhingga, Hidup merana kesengsaraan pun tiba. Sekarang berdabik dada, mati berbekal dosa. Sumpah seranah, kutukan dan dosa rakyat jelata mengiringi kematian. Orang mati berbekalkan amalan, mereka mati berbekalkan dosa dan pengkhianatan. Orang yang tidak ingat semua ini adalah manusia yang tidak percaya ada nya Tuhan.

Yang sudah tersasar, perlu berubah. Yang jauh menyeleweng, ubah haluan dan yang masih berdegil, terima lah habuan. Tanggung jawab kita, berusaha dan teruskan berdoa. Berdoa setiap kali bersolah agar kebathilan dihentikan, kebenaran ditegakkan. Kembali kepada Qada dan Qadar bahawa kebenaran akan muncul dihujung jalan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive