KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 3, 2008

MCA DAH KECOH CARI GANTI SOI LEK



MCA serah 3 nama ganti Menteri Kesihatan

Posted by Haniza Talha
Malaysiatoday

KUALA LUMPUR 2 Jan. – MCA telah menyerahkan beberapa nama kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menentukan pengganti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mengumumkan peletakan jawatan dalam Kabinet dan parti hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, pihaknya akan menghormati apa juga keputusan yang dilakukan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).

‘‘Saya telah berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri menerusi telefon sebentar tadi dan MCA menyerahkan kepada beliau untuk membuat keputusan.

‘‘Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan senarai calon yang diputuskan oleh parti,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi MCA berhubung peletakan jawatan Soi Lek di Wisma MCA, di sini hari ini.

Kira-kira 70 wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara penuh sesak dalam dewan untuk menghadiri sidang akhbar itu.

Soi Lek, 61, yang juga Naib Presiden MCA mengambil keputusan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti ekoran pengedaran salinan cakera video digital (DVD) aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

Beliau turut melepaskan kerusi Parlimen Labis, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat.

Semalam pada sidang akhbar di Labis, Soi Lek mengaku lelaki dalam DVD itu adalah beliau dan menyifatkan wanita itu adalah kawan baiknya.

Mengulas lanjut, Ka Ting berkata, MCA akan patuh dengan apa juga keputusan Perdana Menteri untuk menamakan pengganti Soi Lek.

Sementara itu Ka Ting berkata, Majlis Tertinggi MCA kesal dengan keputusan Soi Lek melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.

Pihak parti juga katanya, kesal menerima keputusan itu tetapi menghormati langkah pemimpin berkenaan yang bertanggungjawab terhadap perbuatan yang dilakukannya.

Mengenai jawatan yang dipegang oleh Soi Lek dalam parti, beliau memberitahu, ia akan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat pada 8 Januari ini.

‘‘Bagi tempoh 6 hari itu, Ecxo Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Kok Hong akan memangku tugas Pengerusi Perhubungan MCA Johor sehingga sebarang keputusan diambil.

‘‘Mengikut Perlembagaan MCA pula, jawatan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat akan diambil alih oleh timbalannya (Koh Chee Chai),” ujarnya.

Ka Ting mengakui peletakan jawatan Soi Lek satu kehilangan besar kepada parti tetapi ia adalah keputusan peribadi yang perlu dihormati. UTUSAN

No2umno - Pelik bin ajaib. Kalau orang melayu bilang, Mayat belum kebumi, harta dah sibuk dibicara. Dan begitu lah sikap MCA yang kononnya kecewa dengan pemberhentian Chua Soi Lek, tapi di dalam masa yang sama mereka sudah mencalunkan 3 nama untuk jadi Menteri Kesihatan. Adakah mereka boleh membuat keputusan untuk meletakkan nama calun atau Pak Lah sudah diperkudakan MCA?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive