KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 3, 2008

HALAL ATAU HARAM?


15,000 Anggota MIC Berhimpun Pada 20 Jan
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Lebih 15,000 anggota dan penyokong MIC akan berhimpun di sini pada 20 Jan bagi mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu hari Khamis.

Beliau berkata perhimpunan itu, di Stadium Badminton Cheras adalah yang pertama dalam siri perhimpunan di seluruh negara bertujuan memperkukuh kedudukan parti dan sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-12 akan datang.

Beliau berkata selain Abdullah, selaku pengerusi BN; Timbalan Perdana Menteri dan timbalan pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan diundang ke perhimpunan itu.

Katanya, Abdullah akan menyampaikan amanat penting pada perhimpunan itu.

"Perdana Menteri dijangka menekankan pentingnya rakyat bersatu dalam negara berbilang kaum dan agama," kata Samy Vellu.

"Perhimpunan serupa akan diadakan di semua negeri secara berperingkat," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan di sini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive