radenjowoPeristiwa Penting
2002 - Mahathir letak jawatan sebagai PMAku kecilkan skop ... peperangan kuasa antara 2 orang penting di dalam negara. Selepas itu, jalinan politik, berkembang dan berjalinan ke bawah membentuk beberapa puak pula. Tapi yang penting .... pokok cerita, perbalahan antara 2 gajah putih yang menggemparkan seluruh binatang di dalam hutan. Baru jerit sedikit, anjing, kerbau, seladang, angsa dan ular bertempiran lari menyelamatkan diri.
2003 - Ahmad Badawi menjadi Perdana menteri
2004 - Anwar bebas dari Kemunting
2005 - Gerak di tubuhkan
2006 - Gerak jalan kan operasinya
2008 - Pakatan rakyat menang PRU 12
2008 - Mahathir keluar parti
2008 - Ezam masuk parti
Ntah aku ni sedikit degil orangnya. Masih dengan fikiran lama. Bukan tak mahu maju tapi aku rasa ada yang tak kena. Orang tanya kenapa, Mahathir berbalah dengan Pak Lah. AKu akan kata ada sangkut paut dengan dendam dan arahan. Dendam kerana tidak ikut kan perintah. Ku suruh sepenggal, kau buat dua penggal. Ku suruh tahan, kau lepaskan.
Pak Lah dikatakan mungkir janji. Itu kata Mahathir dan kerana alasan itu, maka Mahathir terus menghentam Pak Lah sehinggalah beliau meninggalkan parti. Pada ku alasannya di pesongkan kepada Jambatan Kembar dan macam macam lagi. Itu alasan dan takkan nak cerita betul betul. Tapi Anwar bebas setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan hubungan antara Pak Lah dan Anwar melalui Khairy sudah berdesing sejak awal lagi. Dikaitkan pula dengan penghantaran Passport untuk Anwar ke luar negeri sejurus selepas Anwar dibebaskan dulu.
Akibat di cabar atau kecewa, Mahathir meninggalkan UMNO untuk kali keduanya pada 19/5/2008 yang lepas. Merujuk kepada sokongan Pak Lah yang kian berkurangan, kita beranggapan bahawa anggota UMNO akan turut meninggalkan beliau, tapi kenyataan ini meleset. Pemimpin tertinggi antaranya yang bercakap sekarang, masih berada di dalam kerana info dari luar sana menyatakan bahawa ada 'orang luar' akan sertai UMNO. Orang itu adalah Ezam.
Maka Tengku, Mukhriz dan beberapa orang kuat UMNO akan terus berada di dalam. Alasan tak diberi, tapi mereka pastinya menanti untuk pemilihan.
Selepas Ezam bersama Keadilan, beliau menubuhkan GERAK ... di dalam usaha membongkar Rasuah dan penyelewengan di dalam Kerajaan. Kenapa? Itu mungkin dia yang cipta atau ada pihak yang mahu ianya dicipta. Penubuhan Gerak yang bukan dari latarbelakang politik tetapi NGO memberikan tentangan tambahan kepada kerajaan BN. Kalau dulu hanya Keadilan, sekarang Keadilan dan Gerak.
Tapi baik keadilan mahupun Gerak .... motif nya tetap sama .... asak kerajaan.
Biar pun orang kata Anwar dan Ezam berpecah, pada aku senang je. Anwar kekal sebagai idola Ezam dan kerana itu Ezam seperti telah di ubah bahasa dan loghat untuk terus berbicara dengan melodi dan liang lentuk Anwar Ibrahim. Lebih mudah nak jelaskan adalah, Ezam adalah klon Anwar. Cuma bangsanya berbeza, antara Oghang Utagha dan Jawa.
Ezam orang nya 'loyal' pada satu. Pendiriannya tidak berubah dan tindakannya berpandu kepada arahan. Itu yang aku nampak di dalam diri Ezam.
Anwar bebas, Ezam keluar menubuhkan Gerak dan sekarang bakal bersama UMNO atas jemputan Khairy. Itu kata desas desus. Untuk selamatkan Pak lah .... bagi meneruskan percaturan yang asal.
Kalau Ezam, menyertai UMNO, ada beberapa orang yang tersangat bimbang, yakni Mahathir yang sudah diluar dan Najib yang bakal menjadi Perdana menteri. Tengku dan Mukhriz sekarang tunggu arahan. Apa kat mukhriz [ 'I will continue to fight from inside']. Selain dari itu .... yang lain tak payah nak bimbang sebab boleh ubah selaju putaran jam dan arah mengikut arah serta kelajuan angin.
Kalau Ezam selepas ini mengutuk Anwar, itu biasa. Seperti Anwar kutuk pak Lah. Tak banyak berbanding kutukan terhadap Najib dan Mahathir. Berlakun di dalam politik adalah resipi biasa. Kalau tak di letak ajinomoto, masakan tidak enak, tapi kalau tak der ajinomoto, orang makan jugak. Cuma pemikiran kita dididik untuk terima Ajinomoto sebagai resepi yang 'mesti' berada di dalam masakan.
Adalah mudah untuk mempunyai seseorang di dalam dari menyerang dari luar. Kau beri aku info, kita bertindak. Kau arah aku buat dan kalau digabungkan kedua dua faktor ini, sudah cukup kuat.
Politik umpama permainan catur. Kau tolak 'Kuda', aku tolak 'castle'. Kau tolak 'bishop' aku tolak 'kuda'. Sorong tarik, tarik sorong dan akhirnya seserang akan angkat tangan mengaku kalah. Cuma masa menentukan. Kesilapan langkah, akan menghentikan peperangan.
Orang di bawah tak tahu....dia main sokong membabi buta. Diatas sana sedang menggengam kepala King dan Queen untuk meneruskan langkah seterusnya.
Susahnya nak fahamkan bahasa aku ni, tapi korang olah lah sebaik mungkin agar di terima kepala otak masing masing. Mana mana ada politik dan menulis di dalam keadaan tergesa gesa kerana isteri nak ajak gi pasar. Kena ikut kerana aku pun ada politik juga, Politik suami isteri .........
3 comments:
AKu rasa pun macam ada agenda disebalik ni.
Tambah tambah lagi lepas baca berita Star hari ini "FORMER Umno member Tun Dr Mahathir Mohamad continues to be defiant against the party leader in this interview in Tokyo. He reminds Umno of the "Anwar factor" lurking on the sidelines."
hak ah wakk.......
kompom pnyerr.....
sape yg nak undur gitu jee....
klo undur mati beb..!!!
sape yg kalah mesti tertonggeng nyer.....
tak kire le det ke....war ke.....lah ke.....den tambah lg satu jib ke.......
yg tertonggeng mesti tergolek habisss......
semua susah nak baca.......
ape politik....ape yg disahut selalunya terbalik sikit.....
klo dia menghentam......
belum tentu mangsa hentaman nampak kat tangan dia........
kita biarkan diorang berbalah kat atas...kita kat bawah tumpang senyum je. Yang penting BN kalah kat Selangor. Aku pun senang. Lepas ni tak der lah orang UMNO yang kerek sapu semua projek cam dulu dulu..
Kawan kawan ... kukuhkan pemerintahan sekarang dan jangan biarkan UMNO merosakkan kerajaan baru.
Post a Comment