Utusmeloya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak akan menyoal siasat enam individu berprofil tinggi yang disebut dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam.
Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mereka tidak disoal siasat kerana siasatan pihaknya kini lebih tertumpu kepada usaha untuk mencari maklumat tambahan.
Menurut beliau, tumpuan BPR adalah untuk menyelesaikan siasatan kes Lingam yang tertangguh sewaktu Suruhanjaya Siasatan Diraja menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.
''Enam individu tersebut tidak terbabit dalam siasatan BPR melainkan beberapa orang tertentu yang sudah dikenal pasti dalam kes Lingam dan Eusoff untuk memberi keterangan tambahan,'' katanya di sini hari ini.
Enam individu yang disebut-sebut dalam laporan tersebut ialah ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Lingam.
Abu Kassim berkata, BPR telah mengenal pasti beberapa orang lagi yang dikaitkan dalam klip video V. K. lingam dan akan dipanggil untuk mendapatkan maklumat tambahan.
''Siapa yang akan dipanggil sudah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil dalam masa terdekat ini,'' katanya.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment