harakahdaily - [...] "UMMI ... tadi Suhaib dah doa supaya Mahathir dan SB semua kena langgar lori, mata keluar dan mati cepat ...," tiba-tiba Suhaib bersuara dalam kegelapan awal subuh, dalam perjalanan ke Taiping.
Saya yang sedang memandu ketika itu hanya menoleh sekejap ke kiri, sekadar memastikan anak saya itu tidak bercakap seorang diri.
"Kenapa doa macam tu? Ummi tak pernah ajar pun ...?" Sengaja saya meneka, sedangkan dalam hati sama setuju dengan kata-kata Suhaib.
"Ye lah ... polis Mahathir ambik abah malam-malam, dah lama sangat Suhaib tunggu, tak balik-balik. Suhaib susah hati lah tak ada abah ...," kata-kata itu diucapkan beberapa bulan selepas abahnya di bawa ke Kem Tahanan (Kemta)Kamunting, Taipng.
Pada masa itu, umur Suhaib lapan tahun lebih. Siapa kata saya tak sedih dengar kata-kata Suhaib yang masih kecil ketika itu.
Tiba di Kemta, sewaktu berjumpa abahnya, dia sebut lagi tentang doanya itu. Tetapi, terperanjat kami berdua dengan jawapan abah Suhaib.
"Tak payah doa macam itu. Kita doa supaya Allah saja yang balas setiap perbuatan mereka itu. Kita tak boleh fikir, apakah balasan yang Allah nak beri pada mereka tu nanti ..." kata abah Suhaib, yang membuatkan kami terdiam. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment