Harakahdaily - [...] Kemudian, hendak dijadikan satu sandiwara yang menarik, maka Pengerusi SPR membatalkan penggunaan dakwat itu empat hari sebelum hari mengundi kerana dua sebab. Pertama kerana keselamatan negara dan kedua kerana Perlembagaan Persekutuan. Soal keselamatan negara ini ditimbulkan kerana terdapat satu unsur sabotaj yang dilakukan oleh beberapa pihak untuk menimbulkan keraguan di kalangan ejen-ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu. Ketua Polis Negara pula mengatakan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes yang melibatkan empat individu yang berlainan. Dua kes berlaku di Perlis, dan yang lainnya berlaku di Kelantan dan Kedah.
Pengerusi SPR dan Peguam Negara juga mendakwa bahawa penggunaan dakwat ini bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Barulah mereka sedar bahawa mengundi adalah hak asasi bagi seseorang pemilih yang telah berdaftar. Jawapan yang mudah dari mulut Pengerusi SPR adalah 'overlooked'! Maka kalau betul-betul ingin melaksanakannya ahli-ahli Parlimen perlu pinda perlembagaan.
Ini yang menarik untuk diperhalusi. Pertamanya, ucapan yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri danlam Parlimen 14hb Mei yang lalu. Beliau berkata, "sebanyak tiga laporan polis diterima dan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511, Kanun Keseksaan". Hasil siasatan polis tiada sebarang tangkapan dibuat dan Peguam Negara mengarahkan untuk menutup kes. Beliau juga tidak mempunyai nama siapakah yang membuat laporan polis tersebut. Jika benar sepertimana yang didakwa kenapa dengan mudah SPR dan KPN membatalkan kaedah ini tanpa penyiasatan yang rapi dan tiada sebarang tangkapan reman yang dibuat dan tidak ada langsung pendedahan mereka yang ditangkap dan sebagainya. Kalau benarlah ia satu tindakan yang boleh menghuru-harakan negara, kenapa tak ditangkap dan dihumban sahaja dalam ISA. Sedangkan ramai lagi di dalam ISA ditangkap kerana didapati terlibat dengan JI dan DI tidak dibicarakan dan meskipun tahanan sendiri mengaku bahawa mereka tidak terlibat! Apatah lagi sebarang bukti pun tidak ada! ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
1 comments:
budak 3 Tan ni mmg budak biol....
kasik hantar je budak 3 Tan ni kat TANjong ranmbutan.....
tah apa yg 3 Tan nye aku tak tau...
tak tau le samada.....
berat badan dia ke 3 Tan...???
berat tugas dia ke 3 Tan..???
berat Dosa dia ke 3 Tan...???
ntah lee.....
tp yg pentinggg.....
dah berak buat najis......
budak 3 Tan ni Tak Angkat Najis pulak......
dok tendang org sana.....tendang org sini.....tak mau ngaku.....
pekejadah betol le bdk 3 Tan ni.
Post a Comment