agendodaily - Datuk Mukhriz Mahathir jarang mengelak dari para wartawan yang hendak mendapatkan komen mengenai isu politik.Sebaliknya sepanjang petang hingga ke malam Isnin Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun ini tiba-tiba jadi sukar dihubungi oleh para wartawan.Ada yang hanya berpeluang setakat bercakap dengan pembantu khasnya saja.Sebabnya tidak lain tidak bukan ialah berita gempar bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad buat pengumuman di majlis dialog bersama Himpunan Melayu Kedah di Alor Star beliau keluar UMNO pada waktu tengahari.Wartawan Agendadaily agak bernasib baik kerana kebetulan beliau sendiri menjawab telefon bimbitnya ketika ia berdering pada waktu petang.Itupun suaranya kedengaran amat keberatan sekali untuk menyentuh bab itu Akhirnya Mukhriz hanya bersetuju untuk dipetik sebagai berkata buat masa ini beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai tindakan Dr Mahathir umum keluar UMNO."Sekarang ini saya sedang berfikir,"katanya.... selanjutnya.
May 20, 2008
Mukhriz…'ku dipersimpangan dilema'
Labels: Belit Mahathir, Mukhriz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
bapak dah resign...anak bila lagi?..boleh bagi peluang kat DSAI bertanding...tak kan gentar kot?.jika takut dilanda tsunami,jgn bermukim di tepi pantai..........
Post a Comment