KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 8, 2008

RM120 Juta Bina Gelanggang Rakyat?

Kecoh dengan stadium yang retak di Terengganu [rujuk], sekarang Kerajaan Pusat nak bina pula Gelanggang Sukan ...bukan murah beb. Macam dah tak cukup gelanggan pulak. Ketika kemelut minyak naik ni, diorang bina gelanggang sampai 120 juta. Macam macam idea untuk membazir, kita bayar duit, diorang bazir pulak.

bernama - Kementerian Belia dan Sukan akan membina gelanggang sukan pelbagai guna dikenali sebagai Gelanggang Rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara secara berperingkat mulai Julai depan.

Menterinya Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak RM120 juta diperuntukkan bagi membina gelanggang berkenaan tanpa mengira kawasan DUN berkenaan diwakili Barisan Nasional atau pembangkang.

"Perancangan kita melalui peruntukan itu, kita akan bina di semua kawasan Dewan Undangan Negeri, ia bertujuan membolehkan lebih ramai masyarakat terutamanya belia membabitkan diri dalam bidang sukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Bola Sepak Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bera bagi merebut Piala Ahli Parlimen Bera di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata setiap gelanggang pelbagai guna itu akan meliputi gelanggang futsal, badminton, sepaktakraw, bola jaring dan tenis.

"Sebagai permulaan kita akan bina Gelanggang Rakyat di Bera pada Julai depan, melibatkan kos RM120,000," katanya.

Katanya melalui pembinaan gelanggang sukan serbaguna itu juga secara tidak langsung akan dapat mencungkil bakat kampung untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan
Minta minta rakyat boleh perhatikan tabiat diorang membazir tak menentu.

1 comments:

Anonymous said...

yang dapat kroni diorang la
tak abis abis
macam mashid kristal jadi nya nanti

Posting terkini

Blog Archive