KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 8, 2008

Minyak naik, barang naik?



kosmo

Pengumuman kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel pada Rabu lalu agak mengejutkan para pengguna, tetapi mereka tiada pilihan. Sebaliknya perlu menghadapi perkara itu sebagai satu realiti kehidupan.

Para pengguna perlu memahami bahawa sebarang perubahan harga di peringkat global, mereka akan terkena tempiasnya. Apatah kerajaan tidak lagi dapat menampung subsidi bernilai berbilion-bilion ringgit.

Biarpun begitu, harga baru petrol dan diesel itu masih dianggap rendah di negara ini berbanding di Thailand dan Singapura.

Para pengguna harus bersikap rasional dan berfikiran terbuka kerana kenaikan bahan api itu bukanlah dilihat sebagai 'sengaja' dilakukan oleh kerajaan.

Mat Spek yang berkesempatan meninjau beberapa stesen minyak di Kuala Lumpur, Bangi dan Kajang pada hari pengumumannya mendapati, ia bagaikan satu pesta apabila kenderaan bersesak-sesak membeli minyak menjelang penguatkuasaan harga baru pada tengah malam tersebut.

Tidak melepaskan peluang ialah pengguna motosikal dengan membawa bersama tong-tong besar bagi mengisi minyak biarpun penggunaan bahan api itu bagi motosikal lebih rendah daripada penggunaan kereta. Inilah gambaran jelas bahawa kenaikan kali ini disifatkan agak tinggi yang mungkin di luar jangkaan orang ramai atau boleh kita katakan sebagai satu kejutan besar.

Biarpun begitu, terdapat laporan ada stesen minyak mengalami kerosakan pam atau kehabisan minyak sejurus pengumuman kenaikan itu yang dilihat macam ada sesuatu yang tidak kena. Dalam hal ini, orang ramai perlu membuat aduan kepada pihak terbabit kerana dikhuatiri peniaga sengaja berbuat demikian untuk mengaut keuntungan apabila menjualnya pada harga baru.

Jika ini berlaku, bolehlah kita menggelar mereka sebagai 'penyangak minyak' yang perlu dihukum jika terbukti mereka bersalah.

Setiap kali harga minyak dan diesel naik, kelazimannya harga barangan lain termasuk perkhidmatan juga akan naik. Ini sudah tentu menyusahkan pengguna yang sememangnya sudah merasai bebannya berikutan kenaikan barangan keperluan harian sebelum ini.

Para peniaga akan memberi apa juga alasan bahawa mereka tiada pilihan selain menaikkan harga jualan untuk mengelak kerugian. Inilah cabaran kementerian yang dipertanggungjawab untuk memantau perkara tersebut agar tidak berlaku 'pesta' naik harga barang.

Apa yang menghairankan, kenaikan harga minyak hanya 78 sen petrol dan RM1 bagi diesel seolah-olah memberi mereka satu 'lesen besar' untuk menaikkan harga yang kadangkala agak melampau.

Jika itu berlaku terutama kepada para peniaga runcit atau restoran, sewajarnya para pengguna mengambil tindakan memboikot mereka dan menunjukkan 'kuasa pengguna' bagi menjaga kepentingan orang ramai.

Pada masa sama, mereka perlu berjimat cermat dan perlu menjadi pengguna bijak merancang perbelanjaan seharian. Mereka perlu membuat pemantauan harga termasuk di pasar-pasar raya besar dan pasar mini mahupun kedai runcit untuk dibuat perbandingan harga.

Ini penting agar mereka berbelanja di tempat yang menjual barangan yang dianggap lebih murah berbanding premis-premis lain. Mereka seharusnya memboikot peniaga yang menjualnya pada harga yang mahal. Mat Spek percaya, jika orang ramai ada kesedaran ini, peniaga terbabit akhirnya boleh 'gulung tikar'.

Mengenai perbelanjaan seharian, suri rumah yang dianggap sebagai 'Menteri Kewangan' di rumah perlu peka kenaikan kos hidup ini dengan tidak lagi bermewah-mewah bagi mengelakkan pembaziran.

Jangan ada lagi nasi dan lauk yang terpaksa dibuang ke tong sampah, membiarkan kipas dan televisyen dibuka sepanjang hari, menyepi diri apabila anak bermain air ketika mandi di bilik air kerana semuanya menyumbang kos yang lebih tinggi.

Sikap 'tidak apa' perlu dibuang dalam kamus diri, bertindak lebih tegas kerana dikhuatiri peningkatan perbelanjaan rumah tangga boleh menjejaskan peruntukan kewangan untuk pendidikan anak-anak seperti kelas-kelas tuisyen berbayar.

Begitu juga kepada mereka yang ada tanah kosong di rumah, cubalah ringan-ringankan tangan untuk 'menghijaukan' sekeliling rumah dengan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan harian.

Janganlah hendaknya kenaikan harga bahan api ini membuntukan pemikiran kita. Sebaliknya kita perlu lebih rasional dan berusaha mengubah kehidupan.

Kerajaan perlu memberi insentif seperti pemotongan cukai pendapatan kepada pembayar cukai yang memasang gas asli bagi kenderaan (NGV) ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive