Baru sahaja Batu Puteh di rampas Singapura, kini isu yang sama berlaku di Pulau Pisang. Rumah api yang sejak dulu menjadi senjata cukup kuat di dalam perebutan pulau. Kalau tergadai Batu Puteh dengan mudah, kini Pulau Pisang .. bakal berdepan dengan situasi yang sama. Adakah kerajaan mampu berbuat sesuatu, atau bertindak pasif seperti selalu. Atau kerajaan Malaysia tak cukup jantan?
Ambil alih rumah api Pulau Pisang
Katanya, beliau telah menyuarakan permintaannya itu kepada Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, agar Malaysia memulakan dengan segera usaha rundingan dengan Singapura.
"Kita berharap suatu hari nanti, menerusi perundingan diplomatik dengan Singapura, rumah api Pulau Pisang ini akan diserah milik kepada Malaysia dan ia (rumah api) boleh menjadi tarikan pelancong ke pulau ini.
"Datuk Seri Rais nampaknya bersikap positif terhadap cadangan itu,(Malaysia memulakan rundingan)," katanya dalam sidang akhbar di perkarangan rumah api Pulau Pisang.
Menurut laporan Bernama, rumah api Pulau Pisang setinggi 53 meter yang kini diuruskan kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut. - Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment