Reformasi !!! .. Kah kah kah 10 tahun perjuangan reformasi berakhir pada tahun ini, reformist cuba untuk menjadi ahli perniagaan. Cewaahhh ... nak berniaga konon.
Secara logiknya, sesiapa yang tak punya syarikat, mula mendaftar. Yang tak punya baju kemeja, sekarang kena beli tali leher. Terkais kais kerana sebelum ini hidup mereka di tengah jalan. Bila DS Anwar di serang, mereka duduk di depan. Di belasah cota, di pancut air kuning dan ada yang di penjara. Ramai juga yang putus semangat kerana masalah keluarga. perjuangan tak ada matlamat. Kononya nak ubah kerajaan, tapi reformis membabi buta tak der haluan dan tujuan.
Kini kerajaan dah bertukar. UMNO di beberapa negeri berjaya di gulingkan. Style kena berbeza. Reformis berjinak jinak dengan kontrak dan cuba mendapat peluang dari kerajaan baru. Kerajaan yang kononnya berkebajikan dan mengekonomikan rakyat.
Tapi .... Nak masuk kontrak kena ada Syarikat yang siap mempunyai Kementerian Kewangan, Lesen kontrak dan sebagainya. Reformist geleng kepala. Semuanya baru pada mereka. Maklumlah, ini lah masa untuk untuk dapat sedikit peluang untuk membayar hutang yang sudah bertompok tompok sejak dulu.
Mac 2008, Kerajaan pakatan rakyat dah menang. Menteri Besarnya terdiri dari pemimpin Pakatan Rakyat. Reformis beranggapan, tika susah sama susah dan tika senang sama senang. Kalau ada syarikat mesti kerajaan boleh bantu. Takkan diorang tak kenal muka. Masuk paper, kena gari ... muka dah cukup famous.
Pendaftaran syarikat memakan masa 2 minggu. Lepas tu memohon Kementerian kewangan terlalu banyak karenahnya. Syarat syarat nya mesti cukup. Kakitangan mesti ada EPF dan SOCSO, akaun bank dan wang perlu ada.
Alamat pejabat, No tel, No fax dan email mesti ditulis dalam borang. EPF, SOCSO dan penyatan akauan bank syarikat mesti cukup 3 bulan. Kurang dari tu .... kementerian tolak permohonan.
Syarikat yang cukup dengan prasyarat sebagai kontraktor perlu di daftarkan ke PBT PBT untuk berpeluang membeli borang borang tender.
Semua tu perlu tempoh dan kita anggarkan tempoh yang perlu untuk menyiapkan semua syarat tersebut, adalah seperti berikut,
Tempoh yang di perlukan untuk menyiapkan semua prasyarat dan keperluan adalah sekitar 6 bulan. Maknanya selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada Mac, hanya pada bulan September baru semua sudah siap. Itu pun kalau cukup modal? Sedangkan semua modal dah selesai ketika berkempen membantu Pakatan Rakyat untuk menang tempoh hari ...
- Tubuh Syarikat - 2 minggu
- Kakitangan [EPF dan Socso] - 3 bulan
- Buka akaun bank - 2 minggu
- Penyatan akaun - 3 bulan
- Permohonan Kementerian Kewangan - 1 bulan
- Pendaftaran ke PBT - Seminggu
Di dalam tempoh 5 bulan pertama pemerintahan Pakatan Rakyat, banyak tender dah keluar. Kontrak bertempoh seperti mencuci kawasan dan pembersihan dan keluar sejak selesai di agih agihkan sejak bulan April lagi.
Kontrak bertempoh untuk 2 tahun dan 3 tahun mereka dah terlepas. Semuanya di belasah oleh kontraktor kontraktor lama. Yang baru dan terkial kial ni kena tunggu lagi 3 tahun untuk kontrak itu di buka semula. Reformist tongkat dagu pening kepala. Walau semangat juang mereka tinggi, cuma peluang tak der. Sekarang ni waktu tengok orang lain mengorek peluang yang ada, menjejeh air liur sambil tongkat kepala.
Siapa yang dapat ... tentu UMNO lagi. Pokoknya, kemenangan Pakatan Rakyat tidak menjanjikan kebahagiaan kepada pejuang reformasi. Baik korang duduk kat rumah, buat ketupat untuk jual bila nak dekat raya. Itu antara perniagaan yang tak perlu ada kementerian kewangan dan lesen kontrak.
Reformis perlu kekal sebagai reformis. Modal tak der, syarikat pun tak punya. Bila Pakatan Rakyat perlukan korang ... korang datang. Bila tak perlu ... korang duduk jauh jauh. Tiada siapa perjuangkan hak kalian selain diri sendiri. Jawatan tinggi di dalam kerajaan negeri pun korang tak boleh dapat kerana kelulusan tak der, otak pun tak berkualiti. Korang cukup dengan duduk di tepi jalan, kena simbah dan kena belantan pihak FRU. Bercerai berai, pokai dan papa kedana memang label yang korang kena guna. Itu lah nasib reformis.
Ini lagi cerita menarik tentang rakyat dan kerajaan baru KLIK SINI.
3 comments:
Syabas Wak...atas artikel ini...nampak gayanya Reformis2 ni tak ada ruang dalam Politik PR juga.
Sudahlah mereka berjuang tak kira wang ringgit dan masa serrrrta keluarga,namun tak ada sesiapa pun pemimpin PR yang cuba untuk memperjuangkan nasib mereka.
Memanglah Reformis ni bukan Kontraktor atau businessman!!!! Kalau mereka dah senang, merka tak turun ke jalan2 raya zaman mahthir dulu bertempur dengan Polis untuk mendesak Kerajaan BN dan Polis mendengar cakap2 mereka...
Pemimpin2 Reformis dulu2 pun masing2 dah lupa diri sekarang...Ezam dah pun masuk UMNO dan tinggal dalam Bungalow mewah di Shah Alam...kehulu ke hilir naik Toyota Harrier tak pun BMW...Tian Chua...dah sibuk jadi Ahli Parlimen ke hulu kehilir naik kereta baru Toyota Camry dtg majlis2 rasmi dan parti..Gobalakrishnan..dah jadi Ahli Parlimen tapi kawasannya jauh nun di Padang Serai..
Mereka ni bertuahlah dah senang..makan dah cukup...tapi reformis2 yang ada dan tinggal sekarang kais pagi makan pagi kais petang makan petang..ada yg dulu kerja bank skrg dah jadi penganggur..kesana-sini cari kerja dan buat part time..yang kerja kilang kena berenti..ekonomi tak bagus..dan selalu MC masa zaman reformasi atau pilihnaraya..
Tapi nasihat saya sebagai rakyat Malaysia yg menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat, pemerintah2 negeri Pakatan Rakyat harus cuba menolong golongan2 seperti ini...Reformis2 yang telah berjuang sepanjang 10 tahun ini..bukan susah nak kenal mereka. Cubalah dekati mereka sebelum mereka didekati oleh pihak musuh untuk menjatuhkan semula Pakatan Rakyat suatu masa nanti.
Jangan masa nak Pilihanraya atau kes2 demonstrasi je ingat mereka ni...time senang lupa langsung...
Ingat...ramai lagi reformis2 yang sedang memerhati tindak tanduk pemerintah2 Pakatan Rakyat sekarang...mereka juga pengundi2 yang berdaftar...jangan sampai reformis2 ni kecewa dan berpaling tadah. Sesiapa yang punyai kuasa, gunakanlah kuasa seeloknya..tak rugi tolong mereka..merkea majoritinya pun Melayu..bukan semua tak ada kelulusan...sehingga sebahagiannya pemegang diploma, ijazah ataupun sarjana......
hati2 dengan artikel2 seperti ini, firasat saya kuat mengatakan ini propaganda umno...hanya orang umno yang sematerialistik ini. kalau ini tulisan penyokong pakatan rakyat...beliau bukanlah reformis sejati..
sdr/sdri...ini bukan propaganda UMNO...ini betul2...tolong bezakan reformis sejati dan tak sejati???
Jangan jadi hipokrit!!!!!!
Mereka semua pun ada anak bini nak bagi makan bro....bukan setakat huhahuhahuha ke sana kemari tanpa tujuan...
Kena berdiri di bumi yang nyata...cuba datang SUK, Selangor kat Shah Alam cuba tanyakan pada mana2 penyokong2 PR....
Lain kali tanya sikit orang bawah...jangan asyik jalan pandang depan dan atas je...kena tengok bawah jugak takut tersandung bak kata Herman Tino al Jawahi..
Post a Comment