KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 12, 2008

SEMUA DAH TAK BOLEH DIHARAP.

Saya Diberikan RM3,000 Oleh BPR, Kata Bekas Setiausaha Lingam

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bekas setiausaha Datuk V. K. Lingam diberikan RM3,000 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR)selepas diberitahu bahawa penyiasatan terhadap percutian ke New Zealand membabitkan peguam itu dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin ditutup, Inkuiri Suruhanjaya Diraja diberitahu hari ini.

L. G. Jayanthi, 45, berkata seorang pegawai BPR menelefon beliau menyatakan penyiasatan itu ditutup kerana ia melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Kepada soalan pengerusi suruhanjaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor kenapa wang itu diberikan kepadanya, saksi ke-19 inkuiri itu tidak menjawab.

Kepada soalan lain Haidar mengenai sama ada beliau mengambil wang itu, Jayanthi berkata: "Ya".

Semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya R.S.N. Rayer sama ada RM3,000 itu sebagai ganjaran atau untuk menutup mulutnya, beliau berkata ia hanya diberikan kepadanya tanpa sebarang syarat.

Jayanthi berkata pada 1998, BPR merekodkan kenyataan beliau sebanyak tiga kali dan menurutnya tiga bulan kemudian, seorang pegawai BPR, Wong Chee Kong menelefon beliau untuk menyatakan kes itu ditutup.

Kepada soalan lain Rayer sama ada sepanjang beliau berkerja dengan Lingam, adakah beliau mengaturkan untuk penghantaran kek dan bunga ke rumah bekas ketua hakim itu, beliau bersetuju.

Selain daripada penghantaran itu, Jayanthi berkata beliau juga mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari bank tetapi tidak tahu wang itu diberikan kepada siapa.

Kepada soalan seorang lagi peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, yang cuba mengaitkan hubungan rapat antara Lingam dan tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, Jayanthi berkata tiada komunikasi langsung antara kedua-duanya.

Katanya tiada alat interkom dalam bilik Lingam di pejabat peguam itu yang dihubungkan secara langsung dengan pejabat Tan.

Pada ketika itu, peguam yang mewakili Tan, Pradeep Kumar, membantah soalan itu.

Haidar mencelah: "Ini untuk menunjukkan hubungan rapat yang ingin ditunjukkan oleh Shafee," yang disambut gelak ketawa orang ramai dalam galeri.

No2umnO - Ramainya yang terbabit dengan isu VK LIngam. Hampir kesemuanya adalah pengamal rasuah. Kalau dah BPR pun merasuah ..... agak agak siapa yang tidak? Rosak .... semua sudah rosak. Kerajaan pun tidak cuba untuk membongkar semua kes ini sejak dulu. Wey ..... kalau lah kerajaan benar benar mahu cegah rasuah, isu sebegini tidak berlaku. Tapi kalau kepimpinan pun haprak dan kaki rasuah .... maka semua agensi pun tidak mustahil terbabit sekali. Siapa agaknya yang tidak pernah melakukan rasuah?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive