KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 12, 2008

Peneroka FELDA ditipu BN

Hak Orang Asli perlu dibela bersama, Peneroka FELDA ditipu BN


KeADILan

Kuala Krau, 10 Feb - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim telah melawat Kuala Krau hari ini untuk memberi ucapan dan menjumpa rakyat. Anwar diiringi oleh Zakarian Hamid, Ketua Perhubungan PKR Negeri Pahang.

Anwar tiba di Kg. Pasu, sebuah perkampungan Orang Asli pada lewat petang dan disambut oleh penduduk kampung tersebut dan juga penduduk-penduduk dari kampung-kampung berdekatan.

Anwar telah disambut oleh ketua-ketua JDM (Cawangan) Kg Pasu, Kg Penderas, Kg. Pian, Kg Lubok Wong, Kg Terboi/Galung, Kg Mendoi dan Kg Seboi bersama-sama ahli-ahli KeADILan dari kampung masing-masing.

Turut hadir didalam Majlis itu adalah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Didalam ucapannya Anwar menyatakan bahawa Orang Asli terpinggir dibawah pemerintahan UMNO/BN, setelah 50 tahun Negara Merdeka, tak seorang pun Orang Asli di Pahang memiliki geran untuk tanah-tanah mereka.

Anwar mengajak Orang Asli berjuang bersama-sama KeADILan di dalam keluarga besar dan bersama-sama berjuang membela nasib Orang Asli dan menuntut hak milik tanah secara individu dan bergeran.

“Kita akan berjuang sehingga berjaya!” tegas Anwar.

Disebelah malamnya pula, Anwar berkunjung ke Felda Jenderak Utara dengan disambut oleh ribuan peneroka-peneroka Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.

Anwar bertanya, “Kenapa peneroka-peneroka yang menyerahkan tanah mereka kepada Felda untuk tanaman semula hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan, manakala peneroka-peneroka yang membuat tanaman sendiri memperolehi antara RM5,000.00 hingga RM7,000.00 sebulan?”

“Apabila Barisan Alternatif memenangi Pilihanraya Umum ke-12 nanti, kami akan memperbetulkan keadaan ini, agar tidak ada mana-mana pihak memanipulasikan pendapatan peneroka Felda untuk kepentingan orang lain selain daripada peneroka-peneroka.”

Anwar mengakhiri lawatannya ke Pahang di DUN Benta, Kuala Lipis.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive