KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

PENYOKONG HALIMEY BUAT KECOH?

Radenjowo
Untuk menang satu perjuangan. Untuk kekalkan kemenangan itu satu seksaan. Itu lah yang kita lihat apabila berlaku nya tsunami yang menimpa Selangor menyebabkan UMNO tersungkur dari kuasa yang tak pernah lengkang dari mereka. UMNO perlu tahu bahawa Rosaknya UMNO adalah kerana UMNO sendiri. UMNO tidak jatuh kerana parti lawan tetapi kerana sikap UMNO yang tak kenal di untung. Diberikan betis, mahukan peha. Dah bagi sedikit nakkan semua. Ini perangai UMNO. Tapi biasalah....kalau dah kalah, semua orang lain yang salah.

Dek kerana kesilapan UMNO ini lah maka Pakatan Rakyat merasa melonjak tinggi pada tahun ini. Pakatan Rakyat sedar bahawa kemenangan ini bukan lah kerana kewibawaan kepimpinan yang ada di sekitar Selangor. Akui lah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat adalah kerana Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul dan kepimpinan senior di dalam Pakatan Rakyat. Orang tak kenal siapa wakil Keadilan di Selangor. Orang tak kenal siapa ketua bahagian dan ada rakyat yang tidak kenal pun calun calun yang diletakkan. Setakat nama, kita tak hairan kerana kita tahu bahawa di dalam keadaan seperti ini, batang kayu pun boleh menang. Semuanya gara gara orang dah benci pada UMNO. Boleh lah dikatakan sebagai menang percuma. Macam Cina buta, kawin free, belanja pun di beri.

Kalau aku tanya korang, siapa Ketua Pemuda Keadilan? AKu rasa muntah darah orang tak boleh jawab. Kalau orang tanya siapa Ketua Angkatan Muda Pusat? Makcik dan pakcik serta remaja di bandar dan kampung tak tentu pun kenal. Maka aku nasihatkan jangan lah ada yang tunjuk samseng untuk gila kuasa kerana saham kemenangan Pakatan rakyat pada PRU 12 lepas bukan lah datangnya dari mereka tetapi kerana kepimpinan atasan Pakatan Rakyat seluruhnya.

Pada yang tidak tahu tentang pemuda keadilan, aku nak cerita sikit.

Baru baru ini sudah ada rombakan yang berlaku ke atas Angkatan Muda Keadilan di seluruh malaysia. Maka ada yang jatuh dan ada yang di bawa ke pusat dan ada nama yang tidak disebut pun. Itu semua adalah diatas kebijaksanaan kepimpinan Keadilan Pusat. Kalau prestasi baik, maka baik lah dia. Kalau setakat merapu dan mendabik dada nak tunjuk hebat. Maka pemimpin sebegini, tidak akan kemana .... duduk lah kat ceruk dapur, susun kayu api.

Dan berikut adalah senarai baru yang diperolehi,

Ketua AMK Perlis: Zamri Sapar (kekal)
Ketua AMK Kedah: Cikgu Azman

Ketua AMK Pulau Pinang: YB Yusmadi Yusoff

Ketua AMK Perak: Anuar Zakaria (kekal)

Ketua AMK Wilayah Persekutuan: Md. Zaman Md. Tasi (kekal)

Ketua AMK Selangor: Khairul Annuar Ahmad Zainudin

Ketua AMK Negeri Sembilan: Halim Abd Aziz (kekal)

Ketua AMK Melaka: Tan Seng Toh

Ketua AMK Johor: YB Amirudin Shari

Ketua AMK Terengganu: Fariz Musa

Ketua AMK Kelantan: Wan Khairul Ihsan
Ketua AMK Pahang: Zulfikar Ali Ariffin (memangku)

Ketua AMK Sabah: Abd Razak Jamil

Ketua AMK Sarawak: Rahamat Idil Latif
Aku tak nak cerita tentang negeri lain tapi aku nak cerita tentang negeri Selangor, tempat tumpahnya darah ku.

(imej: Halimey Abu Bakar, Bekas ketua AMK Selangor)

Dahulunya jawatan AMK Selangor di pegang oleh, Halimey Abu Bakar (Ketua Angkatan Muda Selangor / Ketua Angkatan Muda Kelana Jaya). Di atas alasan alasan tertentu, beliau dikatakan akan di bawa ke pusat dan diganti dengan orang baru. Pengganti ini bukan lah orang baru, tetapi juga orang lama di dalam perjuangan Keadilan dan mempunyai rekod ISA. Pada Pakatan Rakyat, ISA adalah lambang perjuangan. Kalau tak der ISA, tak layak untuk jadi pemimpin. Beliau adalah Khairul Annuar Ahmad Zainudin, yang dikenali dengan nama 'Jonah'.

Nak tahu siapa Jonah ni? Kalau jawa dipanggil Jono tapi disebabkan dia ni bukan jawa maka gelarannya Jonah.

Beliau adalah calun yang menentang Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan pada pilihanraya yang lalu. Beliau telah kalah kerana undi pos yang di lambakkan di Pekan sehingga majoriti kemenangan Najib sebanyak 36,262 undi. Itu kita tak hairan kerana Najib adalah menteri pertahanan@TPM dan undi pos adalah dari tentera dan polis. Dia nak longgok berapa trak undi POS pun kita tak heran.

(Imej: Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin)

Bila Jonah di pilih sebagai Ketua AMK Selangor, maka kecoh lah penyokong penyokong si Halimey yang tak tahu hujung pangkal cerita. Kalau penyokong 'sengal' kita tak hairan tapi dengan si Halimey sendiri pun 'sengal' sama. Panas sungguh agaknya sampai tak mahu berkompromi dan membiarkan penyokong cakap apa yang mereka suka. Meronta dan melonjak serta mengutuk kepimpinan pusat yang pada mereka tidak tahu membuat perubahan. Maka berkumpulah lebih 100 orang pada malam ini, dibawah pejabat tanpa dapat di kawal. Kalau di tengok pada keadaan, tak ubah seperti mesyuarat pemilihan UMNO. Kalau silap pandang, ingatkan penyokong Dacing, tapi Keadilan rupanya. Suasana mesyuarat malam ni sungguh memalukan. Macam budak budak kecik yang tak dapat gula gula pengantin.

Kerana keadaan kecoh sebegitu, maka Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin terpaksa lah turun padang untuk meredakan keadaan. Setelah perbincangan di jalankan, keadaan beransur pulih dan menurut beliau akan membawa perkara ini ke pusat untuk dibincangkan semula.

Apa yang menarik di sini adalah sikap kepimpinan Pemuda yang layaknya seperti gembala lembu. Lembu memang lah tak der akal, tapi terletak kepada si gembala untuk kawal kumpulan lembu tersebut. Kalau dah gembala pun macam lembu, baik tak payah bela lembu. Kumpul bersama sama dengan lembu dan makan rumput ramai ramai. Selepas makan, buang najis merata rata dan bila tiba Raya Haji, kita sembelih buat korban. Itu kalau lah mereka ini lembu ....

Sekali lagi aku nak jelaskan. Sebelum ini aku tak kenal siapa adun, siapa ketua bahagian dan siapa ketua pemuda. Malah aku tak kenal pun si Halimey ni. Yang aku tahu adalah Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul, Ezam dan kepimpinan senior yang lain. Kalau tiada Keadilan pun, aku undi PAS, kalau tiada PAS dan KEADILAN pun, aku akan undi DAP kerana aku benci pada UMNO.

Aku Undi PAS dan KEADILAN kerana mereka lah calun yang ada dikawasan aku. Pemuda perlu tahu bahawa tiada pemuda yang angkut dan pimpin aku untuk datang mengundi dan tiada Pemuda yang memberikan aku cenderamata dan menghantar aku pulang. Ini semua adalah kerana tanggung jawab pengundi dan rakyat demi perubahan.

Maka, sedar sedar lah diri sikit. AMK tu siapa? Rakyat tak pandang pun AMK ni. Biarlah nama ketua kalian cukup terkenal di dalam Harakah atau Suara keadilan, pada aku setakat baca je. Tengok pakai mata, esok aku dah lupa.

Oleh itu buatlah perangai baik sikit. Kawal penyokong. Api kalau disimbah dengan minyak, api makin marak. Kalau dijirus air, api kan padam. Sebagai pemimpin, kena tahu kawal keadaan. Kalau tak tahu, duduk belakang, angkat bendera. Bila orang suruh lonjak, kita lonjak. Kalau orang suruh diam, kita diam. Kalau dah berangan nak jadi pemimpin, kena ada sikap kepimpinan. Kalau dah gila sangat pada kuasa, aku nasihatkan korang pegi ke pejabat UMNO dan tampal dahi tu dengan lambang dacing. Nasihat aku buat Halimey, Jangan kurang ajar pada Ketua AMK dan Keadilan pusat. Kalau kalian terus dengan watak UMNO ni .... lebih baik gulung tikar dan minta jadi ketua pemuda UMNO. Disana baru tau dunia tinggi rendah. Keadilan bukan parti samseng untuk jadi topeng perjuangan.

Nak jadi pemimpin tak payah sekolah tinggi tinggi. Kalau belajar sampai ke OXFORD sekali pun sedangkan otak letak di kasut, Korang lebih kurang sama je dengan UMNO. Korang kena ingat, tanpa korang Keadilan boleh hidup, tanpa korang, kitorang tetap undi Pakatan Rakyat. Bukan lah penting sangat pun jawatan kalian sehingga boleh melumpuhkan parti dan merosakkan undi. Itu sendiri mau ingat.

6 comments:

Anonymous said...

hohoho..baru mng sket dh gaduh2.pkr ni pengganti politik kampung umno. giler kuasa. no wonder chandra n roslan kasim rejoin umno. its a shame!

Anonymous said...

sungguh memalukan. Inikah anak anak muda yang akan menerajui negara? Encik SAM, perkara sebegini tidak patut berlaku. Sungguh memalukan jika diketahui presiden parti.

Anonymous said...

raden, aku rasa kau ni adalah sebahagian drp oportunis murahan yg dok tunggu buah tak gugur..kalau tak tau cerita jgn nak jadi juara..kalau ko bukan amk selangor jgn jadi lebih sudu dari kuah..tahu semuanya..ini bukan isu jonah bekas tahanan isa ka, lawan najib ka..ini lebih drp si katik ketua di pusat balas dendam sbb tak dibawak jumpa mb selangor nak mintak jadi ceo glc di selangor..halimey sedar ini bukan negeri bapak dia...sesuka hati nak rebut itu dan ini...so si jonah yg kau kata hebat sebab pernah kena isa kemaruk nak tolong kononnya dia boleh buat magic...tapi dia lupa setpol mb adalah kwn karib halimey dan di pun dari tempat halimey berjuang...so kalau tak tau cerita jgn nak merapu meraban mcm si buta melihat gajah!

Anonymous said...

Tuan Raden ... Tahniah kerana buat artikel ini. Saya ada pada malam kejadian. Kitorang sebagai pengundi kecewa dengan sikap pemuda sebegini. Mungkin kah sudah tiada cara lain untuk selesai masalah dalaman pemuda parti, sampai membawa penyokong dan bertegang leher? Kami sebagai pengundi tempatan pun rasa malu dengan keadaan ini. Mungkin kah kami silap membuat undian? Kalau masih dengan kemelut yang berterusan, rasanya ini last saya undi PKR.

Anonymous said...

aku tak kenal siapa itu halimey.. tp dr pengalaman aku jonah mmg tak miliki personaliti seorang pemimpin yg baik ..believe me. pilih yg terbaik. AMK adlh teras pergerakan parti.

radenjowo said...

aku pun serupa .... Jonah aku tak kenal, Halimey aku tak pernah jumpa.

Wak tidak memihak kepada sebarang individu tertentu. Aku bercakap sebagai seorang pengundi.

Merujuk kepada keadaan malam semalam, Jonah mendapat kelebihan kerana insiden menampakkan kepincangan sebelah pihak lagi. Wak tiada apa apa kepentingan di dalam parti. Mahu PAS ataupun Keadilan. Dan wak tidak mahu tahu apa kah agenda disebalik semua tindakan mereka.

Tetapi yang kita mahu adalah ianya diselesaikan dengan cara baik. Bukan dengan cara dan kaedah yang UMNO lakukan dulu. INi baru Ketua Pemuda. Selepas ini kalau budaya dibiar berterusan ia membawa kepada puak puak dan habuan habuan.

Kalau berkumpul menentang UMNO, itu wak setuju. Kalau BERSIH berkumpul membantah SPR, itu wak akur, tetapi ini adalah antara sama parti.

Kalau korang rasakan membantah dengan cara pada malam itu adalah betul, maka terserah. Persoalannya disini, apakah implikasi dari setiap tindakan yang terburu buru itu?

Sebagai pengundi, aku akan tuduh PKR tidak boleh mengawal pemuda. Dan ketua pemuda pula tidak boleh mengawal penyokong. Maka perlu apa sokongan dari rakyat kalau sendiri pun tidak boleh kawal keadaan.

Kalau keadaan ini berlanjutan, apakah harapan rakyat pada undian yang kami berikan? Adakah ianya berbaloi atau menepati apa yang kami mahukan? Sedangkan kami mahukan keadaan yang berbeza dari apa yang UMNO lakukan dahulu. Kalau masing masing ada kepentingan, rasanya kita tidak berubah langsung. Masih ditakuk lama, budaya yang sama, keadah yang serupa. Cuma lambang sahaja yang berbeza. Wallahualam ...

Posting terkini

Blog Archive