buletinonline - [...] Menteri Besar Terengganu, Dato’ Mad Said tidak tahu dan mempersoalkan mengapakah kos menaiktaraf landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjadi RM 530 juta.
Beliau berkata pada awal perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kos tersebut adalah RM 300 juta sekiranya landasan tersebut dipanjangkan di daratan dan sekiranya landasan terbang dipanjangkan kearah laut, kos menjadi lebih murah kira-kira RM 200 juta.
”Dalam perbincangan pada awal tahun lalu, diberitahu kos tersebut meningkat kepada RM 250 juta,
“kita (kerajaan negeri) menerima dan bersetuju dengan kos tersebut,
”tiba-tiba dua bulan yang lalu diberitahu bahawa kos tersebut menjadi RM 530 juta.” kata Mad Said.
Beliau berkata sekiranya projek tersebut diputuskan oleh kerajaan negeri kemungkinan ia boleh dikurangkan dan kos menjadi lebih murah, namun ia diluar kuasa kerajaan negeri kerana projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan pusat....selanjutnya [KLIK DI SINI]
dan cerita lain .....
Terengganu tak terima baki RM3b – Sah 50% belanja bina LPT2 duit royalti
May 15, 2008
Kos Menaiktaraf LTSM Menjadi RM 530 Juta
Labels: Terengganu, Wang Ehsan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aiii.....
dlm krisis-krisis beras skang nii....
kerajaan bg 200 lebih juta je bantuan kat petaniii.....
tp hok projek ni sampai 2 ke 3 kali gandee...
waras ke dok waras pemimpin malaysia nii..?????
oohhh......
duit tu semua utk projek-projek megaa....
bukan utk rakyatttt....
bru den paham....
bukan senang nak memahami dan mendekati pemimpin nii....
tp klo dh puloh tahon dok peghatikan......
lelama paham doh......
Post a Comment