Bharian - [...] “Ada pemimpin parti tertentu saban hari merayu dan meramalkan kononnya ada (Ahli Parlimen BN) berminat datang kepada mereka dengan cara tidak bermoral, tetapi tindakan mereka itulah yang sebenarnya kemuncak kepada corak kepimpinan paling tidak bermoral.
“Maaf saya katakan, jika ada orang sanggup melanggani pelacur, orang itulah sendiri pelacur paling besar. Itulah sifat dan taraf moral yang ada pada pemimpin yang saban hari merayu dan mencari pelanggan untuk mendapatkan kepuasan kehidupan politik mereka.Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan Pengurus Besar Bernama, Datuk Azman Ujang.
“Saya percaya di kalangan (Ahli Parlimen BN), tiada pelacur politik kerana sikap seperti itu sentiasa kita tolak,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja ke The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini semalam.
Dalam lawatan itu, beliau diberi taklimat mengenai operasi akhbar oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar. Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail dan Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mustapa Omar.
Mengulas dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Ahmad Shabery berkata dalam dunia politik moden setiap wakil rakyat bertanggungjawab terhadap pengundi mereka dan tidak mungkin sanggup menggadai maruah serta mengkhianati amanah yang diberi. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - UMNO nak cerita pasal moral ..... gi tepuk bontot tu
0 comments:
Post a Comment