matsamankati - [...] Dari dulu, aku memang tak puashati dengan sistem pendidikan negara ini. Betul la, ada orang kata aku pun lahir dari sistem itu jugak. Tapi sejak lepas sekolah, aku tak pernah menggunakan sijil aku untuk cari kerja. Kali pertama aku minta kerja, tukang interbiu tak pandang pun sijil aku. Sebaliknya dia tanya yang bukan-bukan.
Syarikat yang aku mintak kerja tu adalah sebuah syarikat yang agak besar tapi dimiliki oleh satu keluarga Cina diPenang. Kalau lalu kat Ayer Rajah Road, satu deret banglo anak beranak, tauke Eng Guan Chan Group of Companies.
Tukang interbiu tu adalah MD salah satu syarikat dalam group tu. Dan soalan yang dia tanya mengenai Sun Tze's Art of War, The 36th Chamber, the Warring Nations..... benda ni bukan ada diajar kat sekolah!
Masa tu, aku lah satu-satunya Melayu yang mintak kerja kat syarikat tu. Dan ditakdirkan, aku dapat kerja. Daripada 7 orang yang datang interview, aku sorang saja Melayu, dan masa tu rambut aku pun panjang lagi, maklum lah masih rockers lagi, tapi dia ambil Melayu, dan reject 6 lagi Cina....selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 15, 2008
Pertahankan Hak Melayu 2
Labels: Bangsa Melayu, Matsamankati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment