klpos - [...] 7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.
8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi "Yes-Men" yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.
9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.
>> selanjutnya
May 15, 2008
BN gagal: "Abdullah salah semua orang kecuali dirinya," Dr Mahathir
Labels: Belit Mahathir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment