Hina Raja - Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa
harakahdaily - [...] Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
"Pada kebiasaannya, setiap kali Umno menghadapi krisis dalaman mereka akan cuba untuk mengalih perhatian umum dengan menjadikan isu Karpal Singh untuk menutup kelemahan mereka," ujar Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Anthony Lok pada sidang Media di sini ketika membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kes yang membabitkan istana dan perlembagaan ini.
Tegasnya, pihak polis perlu adil dan telus dengan mengambil kes yang berlaku kepada kes kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu sebelum ini sehingga menuduh Yang DiPertuan Agong sebagai tidak mematuhi perlembagaan.
"Abdullah telah membuat kenyataan akhbar yang disiarkan di akhbar-akhbar utama bertarikh 24 Mac 2008 sebagaimana yang disertakan (The Sun) yang mendakwa kononnya YDPA telah membuat suatu tindakan yang tidak mematuhi perlembagaan," kata Ketua Pemuda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula.
Pada masa yang sama, ujarnya pemimpin, ahli dan penyokong Umno Terengganu juga telah membawa sepanduk bertulis 'Kami Ndak Idris, Natang' sewaktu demonstrasi menolak pelantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
"Ini boleh difahami sebagai menggelarkan Tuanku sebagai binatang, dan ini adalah suatu tindakan yang biadap dan menghasut," ujarnya lagi.
Tambahnya, kedua-dua tindakan ini memberi maksud Abdullah dan Umno tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan berani mempersoalkan tindakan Yang DiPertuan Agong.
"Kami sangat tidak berpuas hati kerana ini menunjukkan Abdullah cuba menderhaka kepada institusi istana," katanya lagi. >> selanjutnya
May 15, 2008
DAKWA PAK LAH
Labels: UMNO Derhaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment