roslansms - [...] Kalau benar seseorang itu bertindak sedemikian, mengapa tidak disiasat dan diseretnya ke mahkamah. Pasti rakyat jelata akan menyokong usaha kerajaan itu, kerana tidak ada diantara kita yang mahu melihat negara ini terancam keselamatannya. ISA menjadi zalim kerana seseorang itu dituduh tetapi tidak pernah diberi peluang untuk membela diri, kalau itu bukan zalim, apa lagi isitlah yang sesuai baginya?
Pemimpin selembut dan sangat disegani dan dihormati seumpama Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, bekas Yang Dipertua Agung PAS (kini Presiden) pun pernah menjadi mangsa merengkuk dalam tanah kerana kononnya dituduh mahu mencetuskan huru-hara, sehingga kini segala pertuduhan terhadap Almarhum tidak pernah dibuktikan di mahkamah terbuka, apakah dosa beliau? (Almarhum kemduiannya dibebaskan pada lewat tahun 60an tetapi meninggal dunia kerana kesan penderitaan semasa dalam tahanan)
Berapa ramai bekas tahanan ISA yang mengakui dibelasah dan dikenakan berbagai tekanan saikologi, disoal-siasat bertalu-talu diluar perikemanusiaan, tetapi Ketua Polis Negara boleh mengatakan yang ISA tidak zalim? Malah bekas-bekas tahanan ini ada menukilkan pengalaman mereka termasuklah bab penderaan fizikal dan saikologi, sila lihat buku karangan Ahmad Boestamam, Kasim Ahmad, Dr Syed Hussin Ali, Suhaimi Said, Said Zahari, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain.>> selanjutnya
May 15, 2008
ISA tidak zalim?
Labels: Abolish ISA, Roslan SMS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment