KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

Jangan caya cakap Tok Mudim

[bersunat.jpg]

Dulu sunat pakai pasukan kompang. Aku tak rasa sunat cara dulu kerana aku lahir terlewat sikit. Bila abang aku bersunat dulu. Jenuh aku menakut nakutkan dia. Aku ikut cakap tok Mudim. "Tak sakit bang !!!"

Tapi abang aku ketuk kepala aku. Dia kata, "kau jangan caya pada tok mudim. Dia tipu." Aku tak tau mana nak caya, sebab abang aku sendiri pun selalu tipu aku.

Sampai sekarang aku masih ingat peristiwa abang disunat. Yang menjadi nostalgia teramat ... adalah "Jangan caya cakap tok mudim." Dia kata tak sakit tapi abang aku melolong malam tu. Nasib baik ada pasukan kompang. Lagi dia jerit. Lagi kompang melalak. Akhirnya suara kompang menjadi perlahan kerana abang aku teresak esak menangis kesakitan. Itu sunat cara dulu. Aku tengok abang aku terlentang air mata meleleh macam isteri di tinggalkan suami. Aku tak tau apa apa masa tu cuma ketawa ... kesian pun ada.

Moral of the story - Jangan caya cakap tok mudim.


Cerita bersangkutan -
Musa: ISA tidak kejam
Mstar - [...] Beliau berkata ISA masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara dan beliau menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya tahanan di bawah akta itu tidak berpeluang mendapat pembelaan di mahkamah.

"Tahanan ISA masih boleh mendapat pembelaan dengan mengemukakan bukti di mahkamah" katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pertama Yayasan Pencegahan Jenayah Asean (ARCPF) di sini.

Musa berkata ISA juga mempunyai penal penasihat bagi membuat penilaian terhadap kes-kes berkaitan tahanan.

"Jika badan ini menyatakan mereka (tahanan ISA) tidak mengancam keselamatan negara, jadi kita bebaskan," katanya.

Menjawab soalan seorang wartawan dari Indonesia yang membuat liputan, Musa berkata antara tahanan ISA ialah 13 orang warga Indonesia berstatus penduduk tetap (PR) negara ini. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive