KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

RM36 juta tunggakan sewa PPR

Bharian - Sebanyak RM36,140,258 jumlah tunggakan sewa dan bil air gagal dijelaskan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota sehingga 31 Mac lepas, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Beliau berkata kebanyakan penghuni berkenaan adalah mereka yang berpendapatan rendah yang juga tidak menjelaskan bayaran caj perkhidmatan.

“Kegagalan mereka menjelaskan sewa menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggung perbelanjaan pengurusan dan penyelenggaraan dengan menggunakan sumber kewangan DBKL sendiri,” katanya menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengenai dakwaan ada PPR yang disewakan kepada pendatang asing, Zulhasnan berkata perbuatan itu adalah tidak dibenarkan.

“Jika ada laporan tertentu sila kemukakan kepada saya dan kita akan siasat supaya perkara ini tidak berlaku,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive