msomelayu - [...] Macam mana boleh berlaku tidak tahu. Kalau anak saya tidak menyedarinya mungkin si Putih 1, yang nakal gila itu tersangkut hingga ke malam. Begitulah kalau nakal berlebih akan ada bahannya.
Apa yang ditunggu pengumuman yang mengejutkan kononnya 17 Ahli Parlimen akan menyertai pembangkang seperti diuar-uarkan dan dijaja oleh sebuah blog tidak menjadi. Sampai ke petang orang-orang yang mudah terasuk dengan berita itu menunggu di Parlimen.
Sahlah berita berkenaan satu perang saraf yang ditaburkan oleh pihak Umno kerana rimas dengan dakwaan Anwar Ibrahim itu. Nampaknya strategi itu berjaya! Lepas ini kalau ada kejutan perkara itu orang sudah tidak akan pedulinya lagi.
Semalam saya jumpa dengan Mohd Azmin Ali, Naib Presiden PKR dalam rangka untuk interviu beliau bagi untuk bahan Siasah. Di kesempatan itu saya bertanya hal berkenaan kepadanya. Jawabannya menarik juga. Bahawa dakwaan itu ada asas dan kalau mengikut Azmin pembentukan Kerajaan Persekutuan baru akan dibuat lebih awal. >> selanjutnya
May 15, 2008
Tidak Ada MP Lompat Parti Semalam
Labels: Lompat parti, Msomelayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment