malaysiakini - [...] "Majlis Peguam mendesak pihak berwajib berpada-pada dalam hubungannya dengan tindakan yang dicadangkan terhadap Karpal," kata presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan.
Siasatan terhadap peguam terkenal itu susulan 20 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas kenyataannya mengulas dakwaan "campur tangan" Raja-raja Melayu dalam pentadbiran negeri, termasuk di isu pelantikan menteri besar Terengganu dan pertukaran pengarah jabatan agama Perak.
Ambiga berkata perkembangan politik selepas pilihanraya umum 8 Mac telah melonjakkan perdebatan banyak pihak, termasuk pemimpin-pemimpin BN, tentang kuasa dan bidang Raja-raja Melayu dalam pentadbiran politik di Terengganu, Perlis dan Perak.
"Sekarang kelihatannya hanya Karpal diugut untuk dikenakan pendakwaan akibat terlibat dalam perbahasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.>> selanjutnya
May 15, 2008
Isu raja: Tidak wajar dakwa Karpal saja
Labels: Karpal Singh, UMNO Derhaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment