malaysiatoday - [...] Sehubungan itu, Lee telah membuat laporan polis terhadap ASP Tan yang memperdaya beliau dan rombongan di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu dan telah memberi keterangan terhadap semua empat laporan polis yang dibuatnya kelmarin, termasuk terhadap Ketua Polis Daerah Kunak, Dingka Utoh.
HALANG… Para pekebun kecil dihalang samseng daripada memasuki kawasan kebun mereka sehingga menimbulkan ketegangan. Koperasi masih mendirikan papantanda yang mendakwa tanah tersebut milik mereka dan sekaligus menghina mahkamah.
Untuk rekod, 171 pekebun kecil telah memperoleh injunksi mahkamah untuk masuk dan mengusahakan kebun mereka pada 1 Februari 2008 dan menghalang Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (Koperasi) mendakwa tanah tersebut milik mereka sehingga Mahkamah Tinggi Tawau membuat keputusan milikan tanah berkenaan.
Namun sehingga ke hari ini, koperasi bukan sahaja telah mengingkari perintah mahkamah, malah mengupah samseng dan menggaji lebih 100 pendatang asing tanpa izin untuk mencuri buah kelapa sawit yang diusahakan pekebun kecil.
Kenapa mereka berani mengingkari perintah mahkamah dan menyamun harta pekebun kecil? Mungkin kerana adanya polis samseng yang turut merampas tanah di kawasan pekebun kecil dan menyalahguna kuasa mereka untuk melindungi penjenayah.
Jika polis sudah menjadi samseng, maka para penjenayah yang menggunakan tenaga pekerja asing secara haram kini berbangga kerana mereka menjadi Samseng Polis?
Jawapannya hanya ada pada Ketua Polis Daerah Kunak, Dingka Utoh yang turut menggaji pendatang tanpa izin, Andi, yang menyerang Lee Boon Tiek di khalayak ramai pada 5 Mei 2008.
Sehingga 13 Mei 2008, Dingka masih minum bersama Alimuddin dan kuncu-kuncunya di khalayak ramai walau sudah berkoyan laporan dibuat terhadap Alimuddin. >> selanjutnya
May 15, 2008
Polis Samseng @ Samseng Polis
Labels: Malaysiatoday, Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment