takgedebe - [...] Saya pernah menulis tentang ramalan orang arab terhadap fenomena pelik yang berlaku pada matahari pada 6hb April yang lalu. Fenomena tersebut adalah terdapatnya lingkaran yang seperti pelangi mengelilingi matahari. Boleh baca di sini...
Saya gagal mempotretkan fenomena tersebut dan saya juga tidak dapat melihat dengan jelas. Namun melalui Utusan Malaysia pada 7hb april ada disiarkan gambar tersebut, malangnya saya tidak berpeluang untuk scan kannya. namun begitu untuk gambaran, bayangkan lingkaran besar pada gambar di atas berupa seperti pelangi dan kedudukannya lebih kurang waktu zohor.
Ramalan orang arab, sebagaimana yang diberitahu oleh adik saya yang pernah belajar di negara arab, ialah akan berlakunya ribut besar dan kemungkinannya berlaku tsunami. Dua tiga hari selepas itu saya asyik tertunggu2 apa yang akan berlaku, namun tiada ribut atau tsunami yang datang. Ah, bentak hati saya, itu kan ramalan sahaja, tak mungkin tepat. Namun dua tiga hari lepas, apabila isteri saya memberitahu kaitan taufan Narjis dengan ramalan tersebut, baru saya tersedar. Lalu saya mengumpulkan peristiwa2 berkait bencana alam yang telah berlaku selepas dari tarikh tersebut. Semoga mendapat iktibar.>> selanjutnya
May 15, 2008
Ramalan Yang Benar
Labels: Ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment