malaysiatoday - [...] "Pada jam lebih kurang 5.15 petang, saya diserang dan ditumbuk seorang lelaki bertatoo yang dikenalpasti sebagai Pengawal Peribadi Alimuddin Mohd Ajay yang merampas tanah kami di Skim Pekebun Kecil, Tingkayu, Kunak dan mengingkari perintah mahkamah. Saya melihat dua orang laki lelaki yang cuba menyerang saya sehingga saya melarikan diri. Saya dikejar dan dikeroyok oleh tiga lelaki (pengikut Alimuddin) atas arahan Alimuddin yang ketika itu berada di dalam Ninja King berwarna putih. Saya melarikan diri dan memasuki kenderaan dan memandu ke Lebuhraya Kunak-Tawau dari lokasi kejadian di sebuah restoran di Simpang Empat Kunak kerana dikejar dengan dua buah kenderaan milik Alimuddin dan terus ke Balai Polis Semporna untuk membuat laporan agar polis menyiasat dan menangkap Alimuddin dan kumpulan samsengnya yang menyerang saya di khalayak ramai. Sekianlah laporan saya."
Untuk rekod, Lee telah membuat lebih 15 laporan polis terhadap Alimuddin yang telah menceroboh tanahnya di Tingkayu dan memotong jentera pengoreknya sebelum dijual sebagai besi buruk di JJ Recycling Centre di Kunak.Beberapa laporan polis juga di buat terhadap Ketua Polis Kunak kerana bersubahat dan enggan mengambil tindakan terhadap Alimuddin.
Serangan berkenaan dilakukan untuk menakutkan Lee yang selama ini tidak gentar berhadapan dengan pelbagai karenah Alimuddin demi memperjuangkan tanahnya yang dirampas sekalipun mahkamah telah meluluskan injunksi kepada pekebun kecil >> selanjutnya
May 15, 2008
Saksi polis diserang 3 lelaki ketika OCPD bermain golf
Labels: Malaysiatoday, Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment