tranungkite - [...] Tetapi, Anwar tetap menegaskan yakni tiada unsur-unsur membalas dendam jika sekiranya kerajaan di ambil alih. Harus diingat, polis juga pemandu, polis juga mempunyai kenderaan sendiri. Maka saya berpendapat, mereka ini juga frust dengan kenaikkan minyak yang super mendadak ini kerana mereka tidak terlepas daripada kesempitan hidup yang semakin melarat dengan kenaikkan harga minyak.
Saya sampai tepat pada pukul 9 malam di keramat AU2 dari kampung Jemapoh, Kuala Pilah. Seterusnya ke hometown di Paroi Jaya, dan meneruskan perjalanan ke KL sambil singgah di Pantai Dalam untuk menghantar anak dan isteri sebelum memulakan perjalanan ke AU2 Keramat. Lebih daripada separuh perjalanan saya hari ini tanpa menggunakan air-condition di atas langkah yang disarankan oleh kerajaan iaitu 'penjimatan'.
Padang yang penuh lecak itu tidak menjadi masalah untuk rakyat mendengar harapan baru dari DSAI. Apa yang mengejutkan ialah, walaupun notis pidato ini diseberkan dalam masa hanya beberapa hari, namun jumlah kedatangan adalah diluar dari jangkauan. Itulah buktinya sabuah kebangkitan. Ramai yang datang walaupun setiap hari Pakatan Rakyat dan juga ketua umumnya dicerca di telivisyen, walaupun hari-hari dikutuk diperlekeh di dada akhbar, sokongan seakan tidak pernah pudar malah lebih meluap dengan isu terkini.
Ceramah perdana dimulakan oleh Adun PAS Saari Sungip yang menguraikan usul pemansuhan ISA dan pengharaman Islam 'had-harihari'. Diikuti ucapan yang berkobar oleh YB saudara Azmin Ali yang menyentuh isu2 panas di dewan rakyat termasuklah isu pengharaman promosi pelancongan terhadap negeri Pakatan Rakyat secara bersurat tetapi tidak diakui oleh menteri bertanggungjawab....... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment