Sebastianjoshua
Tadi den bersembang dengan bini den, syok sembang terkeluar dari mulut bini den, “perangai BN tak pernah mengaku salah”. Den terdiam, memang betul kata bini den. Sejak lepas PRU 12 sampai sekarang, tak pernah satu perkataan ‘mengaku salah’ pun terkeluar dari mulut Barisan Nasional.
Perangai manusia dan perangai BN. Orang UMNO salahkan KJ dan Pak Lah. Orang MIC salahkan Samy Velu. Orang MCA salahkan video clip di Batu Pahat. Orang Gerakan? Argh semua salahkan orang tu orang ni... tak pernah salahkan diri sendiri.
- Mula-mula salahkan melayu kerana menolak UMNO, sanggup gadai maruah bangsa dan agama menyokong cina. Kononnya hanya UMNO yang dapat menjulang bangsa melayu menjadi bangsa yang hebat seantario dunia.
- Masih salahkan orang melayu kerana DEB akan terhapus, tolak pembangunan, tolak kemajuan dan tolak ‘tuah’.
- Rasa tak dapat nak telan maka salahkan Pak Lah dan KJ. Pak Lah lembik lah Pak Lah tak pandai tadbir negara lah, KJ kontrol Pak Lah... tak macam-macam lagi.
- 50 tahun BN memerintah, dah habis dirogolnya Malaysia tetap tak mengaku salah.
Ada tak orang mengaku salah kat sini? Rasanya macam tak da kot. Tun Dr Mahathir berapi-api salahkan Pak Lah. Pirahhh.. dia yang memerintah selama 22 tahun tu tak bersalah? Sapa didik orang UMNO menjadi bangsat sekarang? Siapa kalau bukan Tun Dr Mahathir.
22 tahun memerintah malaysia sampai rakyat muntah dengan UMNO. Salah Pak Lah ke? Bukan nak membela Pak Lah tapi nak bagi tahu bahawa MEMANG ORANG UMNO NI TAK PERNAH MENGAKU SALAH.
Sapa yang didik kita jadi macam ni? Nak kata mak bapak kita, den rasa dari kecil orang tua den cukup marah kalau den berbohong. Kena sentiasa cakap benar walaupun pahit dan ‘boleh sakit’ (bahasa orang kelantan). Habis nak salah sapa kalau dah ada bukti pun masih tak mahu mengaku
V.K. Lingam boleh kata ‘mungkin’ itu saya. Gambar clear tapi dia kata mungkin dia. Dia tak kata dia tapi dia kata mungkin dia. Sampai tahap macam tu sekalipun masih tak mengaku.
Sapa ajar penjenayah tembak orang, rogol orang, bunuh orang cakap “SAYA MENGAKU TIDAK BERSALAH” dah terang-terang buat kerja tu pun masih kata tak bersalah.
Cuba kita kata “saya yang bersalah” nak mampus.
Inilah keadaan Barisan Nasional sekarang. Masih tidak dapat menerima hakikat yang mereka sebenarnya sudah kalah dan rakyat menolak mereka. Mereka tetap akan mencari salah orang lain bukan salah diri mereka sendiri. Samy Vellu sampai sekarang pun tetap tak mengaku yang dia adalah penyebab orang india marah kepada dia. Pak Lah pun sampai sekarang tak mengaku yang dia terlalu lemah untuk mentadbir negara. Tun Dr. Mahathir pun tak pernah mengaku yang dia aniaya Anwar.
Den raso kalau depa tu mengaku salah.... kiamat dunia ni
4 comments:
Umno yg lahir dari penjajah dan membawa misi dan visi penjajah.. Mereka akan meneruskan agenda penjajah terus menerus... Dari tali barut pertama T Abd Rahman kemudian Abd Razak, pastu Hussein Onn...
Mahathir 22 tahun memerintah bagai kuku besi... serahkan kpd Abdullah yg lemah longlai..
Dah jadi adat talibarut penjajah ini tak akan merasa bersalah jika buat salah...
Mahathir mengaku la dia aniaya Anwar. Cuba tgk video clip yg byk tersebar tu. Tapi tak tau la kalau dah diedit, tapi tetap dia mengaku.. :D
Cuma yg dia tak ngaku, dialah perosak Umno. Penyebab budaya mengangguk saja, rasuah, kronisme dll...
Malaysia ni dah sebati dengan penipuan semata2...xde yang benar...
yang jadi mangsa, kita rakyat marhaen ni...
Subhanallah...
huhu....
aku lari....aku lariii
ha...!!!ha..!!..ha..!!!
kejar..!!kejar..!!!kejar..!!!
aku lari....!!aku lari..!!
ha..!!!kan tak dapat tangkap..!!!
huh..huh..huh...penat..!!!
AKU TAK SALAHHHH...!!!!
Post a Comment