Mufti Perlis gesa TV3 lapor adil
Fathi Aris Omar|Malaysiakini
Mufti Perlis yang semakin meningkat namanya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengutus surat kepada stesen TV3 dan menggesa ia melaporkan secara adil sesuatu perkembangan politik.
Dalam suratnya bertarikh 27 Mac kepada stesen itu, mufti muda itu menegaskan semua media, termasuk akhbar dan internet, harus membuat liputan yang adil di tengah-tengah senario baru politik selepas pilihanraya umum 8 Mac.
"Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif.
"Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya," surat beliau dipetik, salinannya dimuatkan di blognya Minda Mufti (www.drmaza.com).
"Kebencian, (rasa) tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka," tambahnya lagi dengan mengutip surah al-Maidah ayat 8.
Ayat al-Quran itu, antaranya, memberikan peringatan kepada umat Islam agar "hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan." more...
Manakala ....lagi isu bersangkutan hari ini adalah,
"Saya tidak ditaja oleh sesiapa. Ia satu fitnah," demikian tegas pengacara popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohammad Zain berkenaan dengan e-mel yang tersebar luas mengaitkan beliau dengan 'bos' sendiri, Datuk Seri Farid Ridzuan (gambar) .
E-mel dalam beberapa laman web itu mendakwa kehidupan personaliti berusia 24 tahun ini ditaja oleh Farid, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima International.
Untuk mempertahankan diri masing-masing, Nurul Syuhada dan Farid telah membuat laporan di Balai Polis Damansara dua minggu lalu. More...
0 comments:
Post a Comment