KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

BLOG KHIR TOYO CUBA TIPU PELAYAR

Dr Mohamad Khir ToyoKHIR TOYO GUNA BLOG UNTUK JATUHKAN PAK LAH
Radenjowo
Aku sebenarnya layak untuk menjadi agensi pemantau blog blog yang ada kat malaysia. Hampir setiap hari, aku layari semua laman web yang panas panas. Baru baru ini, laman web yang dikatakan terpanas adalah laman web pemimpin BN yang kecundang pada PRU 12. Ye ... drkhir.blogspot.com, blog milik Bekas Menteri Besar Selangor yang bertukar wajah kepada jejaka yang tampan setelah berkhidmat menjadi MB selama 4 tahun dan 4 tahun kemudiannya, wajahnya selicin bukit bukit di Selangor.

Pada awal blog itu di lancarkan, Ramai yang berkunjung. Diberitahu kunjungan sehingga ke jumlah ratusan ribu dan komen komen yang diterima adalah seperti berikut,

Tajuk 1: Wadah Sebuah Perjuangan
Komen yang diterima adalah sebanyak - 526

Tajuk 2: Mohon Cadangan Sahabat Bloggers
Komen yang diterima adalah sebanyak - 678

Tajuk 3: Kepimpinan Negara & Isu Rakyat
Komen yang diterima adalah sebanyak - 69

Malangnya sehingga penerbitan artikel/tajuk yang ke3, jumlah komen menjadi bertambah kurang. Menurun dengan mengejut. Ada yang tidak kena. APA YANG CUBA DIA SEMBUNYIKAN?

Di dalam artikel pertama, aku adalah diantara penghantar komen dan ianya disiarkan. Di dalam hati berkata, Wah .... Khir Toyo sudah berubah dan menjadi bertambah telus. Mungkin kerana sudah sedar atau beliau sudah semakin bijak. Mungkin juga kerana beliau sudah bersekongkol dengan geng mahathir untuk menentang Pak Lah.

Maka, aku lanjutkan komen kepada artikel ke 2. Hari pertama artikel kedua disiarkan, jumlah komen yang disiarkan menjangkau ke angka 463. Seterusnya 512 dan sekarang sudah 678. Namun ku belek setiap hari, komen yang aku hantar tidak disiarkan. Hati mula berkata kata, keraguan pun sudah timbul.

Aku tidak menggunakan bahasa kasar dan aku tidak menuduh sesiapa pun. Cuma aku timbulkan isu isu dan ianya memerlukan kepastian dari beliau. Ia termasuk penglibatan seorang bekas pemimpin di kampung Sungai Besar, Sabak Bernam dan penyelewengan tanah disekitar kawasan tersebut. Khir Toyo senyap tidak menjawab.

Lantas disisi kiri laman blog beliau tersiar kenyataan dari beliau -
Tulisan yang disiarkan di segmen "komen" adalah pandangan peribadi pembaca dan saya tidak semestinya bersetuju / tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Bagaimanapun, ia disiarkan dalam blog ini bagi memberikan ruang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka dan untuk pemimpin memahami hati nurani rakyat. Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbahas di blog ini. Terima kasih.
Komen ku mungkin antara komen komen yang dimaksudkan. Dan baru kusedar bahawa, Khir Toyo melancarkan blog berkenaan semata mata untuk menipu rakyat, kononya beliau telah bertukar menjadi bersih dan telus. Apa lagi peluang yang rakyat ada kecuali untuk berinteraksi dengan beliau melalui saluran tersebut. Malangnya, tujuan sebenar pelancaran blog itu, sudah semakin terbukti. Kitara komen yang tersiar HANYA adalah berkisar tentang,

1. Pujian berlonggok longgok yang bercucuran kerana keujudan laman blog tersebut.
2. Kritikan tentang tindakan UMNO dan kepimpinan Pak Lah.
3. Perbandingan kepimpinan antara Pak Lah dan Mahathir.

4. Memberikan usul secara am tentang nasib rakyat Selangor, tidak terperinci.
5. Hanya satu kritikan tentang keadaan struktur pembangunan di jalan dan bandar sekitar Kapar, yakni dari pelayar yang menggelarkan dirinya sebagai azmin shah. (Artikel ke3)

Jumlah komen yang diterima dari 3 artikel, jatuh kepada jumlah yang terlalu sedikit. Ada keraguan disitu. INi bermakna, banyak usul dan saranan yang telah ditapis dan disingkir atau pelayar pelayar sudah tidak mahu membuang masa memberikan komen dan kritikan pada beliau apabila ianya sudah disingkirkan pada artikel ke2. Termasuk aku sendiri.

Cuba anda baca dan perhatikan betul betul. Tiada lah lain kecuali digunakan blog tersebut hanya untuk membodek diri sendiri dan mengeji kepimpinan Pak Lah. Maka, ianya terbukti kehadiran blog milik Khir Toyo adalah semata mata untuk melepaskan dendam kepada Pakatan Rakyat, cuba untuk menunjukkan kehebatan dirinya yang mungkin sudah terbiasa ketika menjadi MB serta mencari kedudukan yang selesa dibawah naungan Mahathir, disebaliknya mengkritik kepimpinan Abdullah Badawi.

Yang menariknya, Khir Toyo tidak memberikan sebarang komen tentang kepimpinan sekarang, kecuali menyiarkan komen komen dari pihak pelayar. Seolah oleh beliau tidak terbabit dalam memberikan pendapat. Beliau turut menggunakan teknik undian yang bersoalankan,

Adakah kepimpinan tertinggi UMNO perlu ditukar? Ya atau tidak.

Dan sehingga saat ini, 1297 menyokong dan 233 menolak.

Beliau sudah tahu akan kemungkinan keputusan undian ini dan sekali lagi, beliau menggunakan pelayar untuk memberikan tentangan dan pendapat agar kepimpinan Pak Lah ditamatkan.

Bijak bermuslihat tetapi terus tidak telus. Masih Berlakun dan bermuka muka. Khir Toyo masih seperti dulu. Khir Toyo masih tidak sedar diri dan masih tidak berubah. Ingin kembali kepada arena politik sedangkan dirinya boleh memperolehi kemewahan sebagai seorang doktor. Tapi kenapa POlitik? Sudah pasti jawapannya, politik lebih lumayan dari kerjaya sebagai seorang doktor. Dia sudah mampu membandingkan antara mewah dan tidak. 8 tahun menjadi MB sudah bisa merubah dari seorang budak kampung kepada manusia yang rakus, zalim, berkroni dan bermewah mewah.

Pelayar dan Bloggers tahu apa yang cuba di mainkan oleh Khir Toyo. Kononnya menjadi lebih terbuka tetapi tabiatnya masih serupa.

7 comments:

mangchikla said...

Muekekekek Blogg Yang Amat Berbahgia Dato Seri Khir Toyo ada "word verification" dan "Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval." Tak aci la Dato'

Putra IJ80 said...

Wak,anjing kalau sudah biasa makan T..i,kalo ta makan dia cium juga,.
ini pribahasa ibunda kita.

Anonymous said...

saya setuju 100%. Dalam 4 komen yg saya hantar pd Khir Toyo...1 saja yg keluar. Itupun yg mengucapkan salam...3 lagi yg komen kepimpinan dan diri beliau...diperapnya tanpa di siarkan. KHIR TOYO ni memang KAKI PENIPU!!! PENYAMUN DUIT RAKYAT, Mengaku bersih..padahal BAPAK RASUAH!!! BERANGAN JADI MICHAEL JEKSEN...PORAHHH!

Anonymous said...

kalau wak ada prinsip.
kalau wak ada teloq.
wak sepatutnya tak kacau blog orang lain.
wak kata dr khir nak jatuhkan PakLah.
macam lah blog wak tak kondem UMNO.
jadi skarang macam hanya wak ada hak utk blok sesuka hati.
orang lain tak boleh buat?

mana lu punya prinsip sebagai blogger ?
if u can do, why stop orang lain from doing like you ???

Anonymous said...

alah...
si toyo tu....bukan kita tak kenal...
bukan kita tak tahu lakonan dia....
dlu mcm budak baik...(blum kenal dan masih baru)
tp lepas tuu...dia lah HERO..!!!

kita ada otak...dia sedap je nk kenceng cam tu....
badget dapat ar...???

Anonymous said...

Anonymous said...
kalau wak ada prinsip.
kalau wak ada teloq.
wak sepatutnya tak kacau blog orang lain.
...
April 3, 2008 10:42 PM

salam..nak komen sikit kepada "tukang komen" di atas...
ko ni pandai baca ke tak?
cuba guna otak sikit..
fahamkan dulu apa yg wak maksudkan dalam artikel dia..
wak tak sekat or kacau khir toyo utk buka blog tu..
persoalan sekarang ialah..tujuan blog khir toyo tu yg konon2nya nak dapatkan pendapat rakyat..
tapi bila tengok balik, sekarang blog tu dah lari dari tujuan asal..
itu maksud wak dalam artikel tu..
haiyooo...mana pegi otak ko..

Anonymous said...

salam dr ana.

betul sgt apa yg tuan radenjowo katakan tu, ana posted 3 komen.,langsung tak disiarkan..,agaknya dah dibakul sampahkan..,memang toyo betul la blog tu..

Posting terkini

Blog Archive