KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang mengesan dua lagi lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes penggunaan kain rentang yang didakwa tertulis perkataan menghina institusi Raja di negeri ini pada satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Iman 23 Mac lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata mereka dikenali sebagai Mat Hassan Salleh, berusia dalam lingkungan 20-an yang bekerja sebagai pemandu lori ikan dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut dan Rizal Awang, berusia lingkungan 30-an, seorang pekerja kontrak pembinaan dari Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.
“Kita yakin mereka tahu polis sedang mencari mereka dan kerana itu mereka bersembunyi. Polis percaya kedua-duanya masih berada di negeri ini atau sedang bersembunyi di negeri yang bersempadan dengan Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas program derma darah sempena Hari Polis ke-201 yang disambut pada 25 Mac, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini. more...
MATI KATAK
32 minutes ago
0 comments:
Post a Comment