LONDON - Pendedahan kisah Sufiah Yusof yang menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya selepas melarikan diri dari Universiti Oxford mencetuskan kemarahan seorang kolumnis akhbar The Obsever, Nikita Lalwani, semalam.
Dalam ruangannya semalam, dia berasa marah selepas melihat gambar-gambar separuh bogel Sufiah disiarkan oleh akhbar News of the Worlds pada Ahad lalu.
Menurutnya, gambar-gambar itu dirakamkan oleh wartawan akhbar berkenaan tanpa kebenaran Sufiah.
Beliau berkata, artikel mengenai kisah hidup tragis Sufiah yang pernah menjadi kanak-kanak genius ketika berumur 12 tahun kerana kepintaran matematiknya itu mencetuskan kemarahan dirinya di luar jangkaan.
Lalwani berkata, Sufiah yang kini berumur 23 tahun dianggap oleh beberapa syarikat akhbar sebagai bahan (berita) yang berharga buat beberapa akhbar.
Jelasnya, hak-hak Sufiah tidak dipedulikan semata-mata atas alasan 'hak awam'. more...
0 comments:
Post a Comment