Selain dari itu, Mohd Said menyatakan kenyataan berikut di dalam wawancaranya pada media beberapa hari yang lepas.
Difahamkan ada kemungkinan Ahmad Said akan ke Kuala Lumpur petang ini untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu kalangan rakan politik yang sempat melawat Ahmad Said semalam memberitahu memang betul Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berganjak dari pendirian baginda berhubung lantikan Menteri Besar Terengganu. Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri memberitahu para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi ini beliau akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mencari penyelesaian keatas krisis itu. - Agendadaily
"Saya tidak pernah menderhaka terhadap Umno...saya telah berjuang dan bekerja dengan parti ini sejak bapa saya masih hidup lagi."Persoalannya di sini adakah Mohd Said sanggup korbankan kepercayaan Sultan kepada beliau demi menjadi BARUA pengganti untuk meneruskan kesinambungan pengkhianatan Abdullah Badawi ke atas rakyat Terengganu?
Apa pilihan yang Abdullah ada kecuali memanafaatkan Mohd Said memandangkan penolakan Sultan dan Rakyat Terengganu kepada pencalunan Idris Jusoh. Dollah tidak mempunyai pilihan kecuali menerima. Manakala kesetiaan Mohd Said kepada UMNO masih utuh seperti Idris Jusoh juga, dan Abdullah masih Presiden UMNO yang perlu mereka ditaati.
Rakyat dan Sultan Terengganu pun tiada pilihan. UMNO memegang majoriti 24 dari 32 kerusi Adun di Terengganu. Jawatan MB dari kalangan Adun UMNO adalah satu kemestian. Kemenangan UMNO adalah 2/3 dan ini membolehkan UMNO terus memonopoli sebarang keputusan kerajaan kelak. Kemungkinan Ulang tayang sejarah penyelewengan UMNO di dalam pemberian projek di Terengganu bakal berlaku. UMNO kekal UMNO, satu parti yang dihuni oleh mereka yang sama kaedah dan etika pemerintahannya.
Siapa kah yang bakal Mohd Said ketemui di Putra Jaya nanti selain dari Abdullah Badawi? Adakah Patrick Lim atau Vincent Tan? Adakah tawar menawar berlaku? Apa apa pun yang pasti rakyat Terengganu jangan terlalu gembira diatas kejatuhan Idris Jusoh sebagai MB, patah tumbuh, hilang berganti. Yang patah dan yang tumbuh adalah dari pokok yang sama, sama daun dan sama buahnya. Jangan sampai keluar mulut buaya, masuk pula mulut naga.
0 comments:
Post a Comment