KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 25, 2008

Pecat PM, 22 Adun kerana menderhaka kepada Istana

Pada 23 Mac, majlis angkat sumpah yang dijadualkan berlangsung terpaksa ditangguhkan dan Ahmad Said hanya menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad sebagai reaksi balas tindakan beliau yang menerima watikah pelantikan tersebut.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya dua hari lalu menyifatkan pelantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu sebagai tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Pada masa yang sama kesemua 23 wakil rakyat BN Terengganu (termasuk Idris) terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik sebagai MB.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fariz Musa dalam satu kenyataannya hari ini memandang serius perkara ini.

Beliau berkata tindakan tersebut sebagai suatu bentuk penderhakaan terhadap bidang kuasa serta kedaulatan Institusi Kesultanan Terengganu, termasuk Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Ketua Negara Malaysia.

AMK mencadangkan Tuanku Mizan agar memecat Abdullah Ahmad Badawi dari jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. - Harakahdaily

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive