KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 25, 2008

KETUHANAN UMNO PERLU DIHENTIKAN

http://www.jeffooi.com/Ijok_Nat-Umno-water.jpg
Penyokong yang terdiri dari wanita umno yang seperti hilang akal

Ketegasan Sultan Terengganu satu Tamparan Hebat
Radenjowo

Sudah selesai? Ia berpandu kepada tindak balas UMNO dan Pemimpinnya. Dikatakan Ghani Patail yang cuba membawa mesej undang undang UMNOnya gagal untuk bertemu dengan Baginda Sultan Terengganu.

Kegagalan ini merupakan satu isyarat bahawa muslihat UMNO serta Kuncu kuncunya tidak diterima pakai di dalam melantik MB baru negeri tersebut. Rakyat bersama Sultan dan semalam, pemimpin tertinggi UMNO termasuk, Tengku Adanan, Najib Razak, Gani Patail, Ali Rustam dan beberapa orang lagi berkumpul di rumah Dollah Badawi bersama kumpulan 23 Adun Terengganu cuba merancang dan berbincang bagaimana untuk terus menolak kemahuan Sultan dan rakyat.

Perubahan yang kita nampak ini adalah bermulanya satu era baru. Raja Raja Melayu TERPAKSA membantu rakyat dari terus dibodohkan serta dihancurkan negerinya oleh Pengkhianat UMNO. Raja Perlis sudah tolak keputusan UMNO dan disusuli negeri Sultan Terengganu. Ini memberikan isyarat bahawa Kesultanan Melayu bukan berdiam diri, malah memantau tindak tanduk sumbang kepimpinan UMNO. Mungkin sudah sampai ketikanya untuk Pihak Sultan dan Raja campur tangan dan menghentikan kerja karut mereka sebelum Kaduk naik ke Junjung.


Salah satu kerosakan akhlak yang menimpa penyokong UMNO

Tindakan ini memberi tamparan hebat kepada kepimpinan BONGKAK umno selama kini, Abdullah Badawi, Tuhan Hadhari. Kononnya mereka hebat sangat sehingga boleh melacurkankan undang undang dan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka semata mata.


Kehadiran anggota polis dilihat seperti TUNGGUL yang makan gaji buta

Melihatkan cara Wahid Rasol di kelilingi polis ketika berada di hadapan Istana Maziah tanpa sebarang sekatan, turut memberikan gambaran bahawa bongkak nya mereka selama ini. Mungkin ia nya tidak ramai sedari tetapi perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa UMNO telah berjaya menundukkan para ketua dan anggota POLIS untuk kepentingan politik mereka. Tidak sedikit perasaan bimbang dan hormat UMNO kepada kuasa yang ada pada polis dan keadaan ini sungguh memalukan. Tidak hairan kalau perhimpunan BERSIH di BAtu Burok dikucar kacirkan oleh pihak berkuasa sementara Perhimpunan UMNO yang sehingga mencemar nama Sultan, masih dibiarkan. Polis terus menjadi bacul menerima wang upah dari rakyat tetapi bertindak seolah olah apa yang mereka perolehi selama ini adalah dari UMNO semata mata.

Kini Dollah pening kepala. Sultan sudah mula tunjuk kuasa. Dollah masih ingat dia disokong tetapi Sultan buktikan yang bodoh tetap bodoh dan pemimpin lemah, korup dan gila kuasa, tidak perlu di beri tempat memerintah negara ini. Malaysia bukan negara UMNO, polis bukan hak UMNO dan rakyat tidak mesti bersetuju dengan apa yang UMNO lakukan. Melayu wajib sedar. Sultan bersama kita dan kita seharusnya mendokong cita cita untuk kembali kepada sistem beraja yang telah dirosakkan oleh UMNO sejak sekian lama. Kalau kita masih mendewa dewakan UMNO, maka bawa sahaja setanggi dan sejadah, sujud di kaki Pak Lah dan tukar kan dirinya menjadi Tuhan. Lebih afdal kalau dijiruskan kakinya dengan susu lembu, ditadah dan diminum beramai ramai air susu lelehan kaki beliau itu.

Setelah Ahmad Said dilantik menjadi MB baru sudah ada ura ura 23 orang ADun BN mahu meletakkan jawatan. Kita tunggu apa tindakan mereka. Kita Sudah biasa dengan tradisi lompat lompat dan bermuka muka di dalam UMNO. Kita tidak perlu terkejut kalau mereka kembali mengangkat sumpah menjadi EXCO semula. Yang menjadi pengajaran kepada kita, ini lah bentuk kepimpinan yang kalian ada. UMNO dan pemimpinnya adalah makhluk talam dua muka yang merosakkan Melayu sejak 50 tahun dulu. Ingat semua yang mereka lakukan dan tinggal tanggung jawab untuk NYAH kan mereka dri Malaysia pada PRU 13 akan datang.

KETUHANAN UMNO PERLU DIHENTIKAN

2 comments:

Anonymous said...

sekarang baru aku nampak fungsi raja.Syukur kpd ALLAH yang memberi kita raja yang bijak begini...bukan mcm raja negeri"PG".sultan Perak,perlis,terengganu paham kehendak rakyat...sultan2 ni dapat info kat internet kot...tak baca utusan meloya.nasib tak dapat 2/3 kalau tidak jagalah sultan kena hakis kuasa dek umno tu...penderhaka mesti di tangkap ,jgn ISA ,tapi bicarakan..mereka melampau..pasal gambar wanita umno kat atas tu,malunya aku tengok..tak feminine langsug,tak ada sifat kewanitaan..aku tertanya bagaimana anak2 hasil didikan wanita begini...malangnya kalau hanya berjaya di dunia,itupun kalau berjaya ye...

Anonymous said...

Ya Allah, Ya Tuhanku,..

Teguhkanlah pendirian tegas raja-raja kami dan berikanlah
kami keadilan. Sesungguhnya kami telah cukup menderita dengan kepincangan serta kepentingan diri
pemimpin-pemimpin kami selama ini.
Kami berdiri teguh dibelakang raja-raja kami yg memahami penderitaan rakyatnya.
Benarlah kata Hang Jebat,"Pemimpin
adil kami taat, pemmpin zalim kami sanggah".
ALLAHHUAKHBAR !, ALLAHHUAKHBAR!,ALLAHHUAKHBAR!

Posting terkini

Blog Archive