KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 27, 2008

P. PAUH | Kenyataan dari Tengku Razaleigh

Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan lalu UMNO mengalami hakisan dominasi politik terburuk dalam sejarah menerusi Pilihanraya Umum yang menyaksikan kehilangan kuasa di lima buah negeri serta penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen, dan kini ia berulang lagi melalui Pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Kekalahan ini begitu dirasai walaupun dengan mengerahkan seluruh kepimpinan dan menggunakan pelbagai sumber yang ada namun parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun kecundang juga akhirnya.

Disebalik pelbagai kempen walaupun hingga ketahap menghina dan memecah-belahkan perpaduan rakyat. ternyata kita tetap kalah Sewajarnya kita menerima hakikat sebenar: kita telah dikuburkan dan bukan kita menguburkan mereka:

  • Kepimpinan Negara masa kini jelas telah ditolak oleh rakyat dan ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi untuk calon Barisan Nasional kurang daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO di Permatang Pauh.
  • Dikalangan parti-parti komponen, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaras dan diselia dengan baik.
  • Keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang terhakis selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008 kini terhapus dan lebur sama sekali.
Laporan yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak mungkin mampu menyembunyikan kehilangan kredibiliti dirinya sebagaimana diperlukan untuk mengurus serta mentadbir Negara, apatah lagi bagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang serba kompleks. Beliau tidak lagi mempunyai kredibiliti yang diperlukan kearah penyatuan Negara. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh dibiarkan berterusan: semestinya ia tidak akan berterusan.

Dalam kemelut sebegini, saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO saat menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan ahli akar umbi UMNO sudah melaungkan suara keramat menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan diyakini mampu menyatukan mereka, untuk mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kerajaan serta terus mara dengan wawasan yang jelas.

Hari ini membuktikan arah aliran serta suara kebangkitan rakyat dan ahli UMNO akar umbi tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Marilah kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin bersama kehadiran Disember, kita mampu serta akan berbuat demikian.

Tengku Razaleigh Hamzah

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive