tranungkite | ...." Alhamdulillah, memorandum bantahan terhadap konsert Ratu Dangdut Goyang Gerudi, Inul Daratista telah berjaya diserahkan pada pukul 10.30 pagi tadi kepada wakil MB Johor.
Kehadiran kami telah disambut dengan baik dan dimaklumkan kepada kami bahawa MB Johor ketika ini berada di Kuala Lumpur.
Maklumat yang diperolehi dalam pertemuan tadi, konsert tersebut belum mendapat apa-apa kebenaran daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kami menegaskan agar kerajaan Johor perlu konsisten terhadap keputusan untuk tidak mengeluarkan permit kebenaran terhadap konsert tersebut.
Apapun, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor akan terus memantau perkembangannya selepas ini.... selanjutnya.
Kita tak tahu langsung tentang ada pihak yang mahu bawa masuk penyanyi kontroversi yang di haramkan di Indonesia ini. Ada yang rasakan Islam Hadhari cukup sesuai dengan persembahan seperti ini. Korang baca berita terdahulu di Sinar Harian.....
Goyang Gerudi Inul bakal gegar JB
[...] Nama Inul Daratista jika di Indonesia memang cukup popular. Dia merupakan ratu dangdut yang amat disegani dan sangat sinonim dengan 'Goyang Gerudi' yang mampu membuatkan para peminatnya bergoyang sama apabila melihat dia bergelek.
Malah di Malaysia juga peminat Inul tidak kurang ramainya. Buktinya konsert pertamanya yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2005 mendapat sambutan yang cukup hangat. Lanjutan daripada kejayaan itu, Inul sekali lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert keduanya yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru (JB) pada 19 Julai ini.
Berpeluang bertemu dengan Inul di Inul Vista, Anggerik Mall, Jakarta baru-baru ini dia mengakui amat teruja untuk bergoyang di JB. Apatah lagi sudah hampir tiga tahun dia tidak menemui peminatnya di Malaysia yang dianggapnya sebagai sangat 'sporting' dan luar biasa.
"Sebelum ini saya pernah membuat konsert di Kuala Lumpur dan sambutannya sangat membanggakan. Dianggarkan lebih 20 ribu peminat yang hadir. Kini di JB dan saya harap sambutannya juga tidak mengecewakan. Pada saya ini merupakan peluang untuk saya mendekati para peminat saya di Malaysia dan Singapura.
"Apatah lagi saya menerima banyak respon daripada para peminat saya di Malaysia yang mahu melihat kemunculan terbaru saya. Saya mengharapkan bukan saja peminat dari Malaysia atau warga Indonesia yang bermastautin di Malaysia sahaja yang akan datang menyaksikan konsert itu malah saya juga sangat mengalu-alukan kedatangan peminat dari Singapura," ujar Inul ketika bercerita tentang konsert yang dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd itu....selanjutnya
Islam Hadhari ke arah Islam yang lebih maju? Rasanya ini bukan maju, tapi budaya zaman Jahilliah. Kok, kita berundur .....? Kalau mahunya dangdut banget, mabur saja ka Indonesia. Temui Inul di sana. Tambangnya cuma RM400.00 campur inapan. Waduhhhhh !!!!
0 comments:
Post a Comment