KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 12, 2008

Cerita orang kayo kayo

Sebelum aku cerita pengalaman, korang baca dulu cerita ni ....

Paling terkini, gaya artis kita yang semakin mewah berkongsi tatahias rumah mereka - ruang tamu yang seperti dewan, kamar tidur seperti motel, ruang rehat yang cukup indah, surau, swimming pool, bilik snooker dan semua yang membuat kita rasa kagum, kaget dan hairan. Mewah sungguh artis kita?

Kemewahan yang membuat mereka sampai tidak mampu lagi cakap berlapik. Kemegahan mula mengambil tempat dan kita tertanya-tanya lagi. Adakah kekayaan sudah mengubah artis kesayangan ramai ini? ... selanjutnya.
http://www.splendia.com/commun/images/imageshotel/30837/6.jpgOrang mesti pelik kenapa aku tak kaya kaya. Berkawan usah cerita la, asyik dengan orang orang kaya. Tu orang yang kata, tapi bila diorang tak perasan, aku lebih 'betah' (selesa) duduk dengan orang sederhana kat warung warung. 'Cuma member kat seksyen 7 tu tak mahu ajak aku minum sekali takut aku kenal dia.'

Ni nak cerita tentang perangai orang orang sekarang. Kalau dah kaya, tak tunjuk, tak sah. Kalau buat rumah baru, kawan kawan kena buat tour dulu. Adakan pesta, makan dan minum, kenduri doa selamat dan macam macam. Acara akhir, 'melawat kawasan'.

AKu ingat ni cerita tipu, bila kena batang hidung, baru aku tau ni dah jadi budaya orang sekarang. Cuma aku yang ketinggalan zaman.

Nak jadikan satu cerita, aku gi makan jamuan hari raya rumah orang kenamaan. Aku biasa la...time makan, nombor satu. Di hidangkan dengan kambing golek di panggang berkilat. Dengan sos yang secukup rasa...Pergh, dunia ni macam ana yang punya. Kambing tak sempat mengembek, aku dah ricih belah kaki, peha dan dada. Berpinau pinau. Makan tak ingat bini kat umah.

Habis aku jelajah semua meja. Kalau orang tengok, aku umpama musafir di padang pasir. Kelaparan. Sebenarnya lapar tidak, tapi mata dah kelabu dengan hidangan ala hotel. Yang bestnya ... Tak payah bayar, aku datang untuk belasah. Nasib baik, tuan rumah tak bagi beg plastik, kalau tak ... semua makanan aku usung pulang.

Tuan rumah tak perasan. Selepas makan, duduk relax. Tuan rumah tunggu semua selesai makan. Satu meja kami makan 5 orang. Meja lain ... aku tak kenal sangat. Aku sorang yang datang bujang, diorang datang dengan isteri. Isteri gua tak selesa dengan jamuan cam ni. Terasa rendah diri katanya. Pernah ajak sekali, sampai sekarang dah tak mau join. Malu katanya.

Tiba tiba "Jom !!!" kata Tuan rumah. Aku terpinga pinga. diorang bangun dan terus masuk ke rumah. Aku yang tak tau cerita ni, terus ikut .... membontot. Rupa rupanya tuan rumah dah bawa kami semua naik tengok ISI rumah. Dari dapur membawa ke bilik tidur dan tandas. Cam YB lawat tapak. Habis rata rata tempat kitorang gi. Cuma tak masuk ke 'garage'. Macam macam cerita waktu lawat tu. Buatan mana, beli kat mana, berapa harga dan bertukar tukar maklumat. Aku tengok bilik diorang dah macam ruang tamu. Punya la besar. Tandas macam bilik tidur. Lagi mahal dari rumah aku. Tapi muka aku macho je, macam dah biasa. Ada mata pasang, ada telinga dengar dan ada mulut melopong.

Hah ... tu la dia trend sekarang. Kalau diorang datang rumah aku, lawat tak sampai 5 minit, semua dah jelajah. Bila di orang pulang, mesti ketawa terbahak bahak. All in one. Dalam satu bilik, semua ada. Tandas, mejo komputer, kain baju bergantung dan bantal sampai bawah katil. Kekadang tu ado lak bantal kat atas TV. Tak ke pelik tu.

Ni cerita pengalaman jer. Kalau korang terserempak dengan kes cam ni. Jangan la pelik. Oraiiiittt .....

3 comments:

mangchikla said...

mendeee la. Org PR ke?

mangchikla said...

Weiiii.. ko pegi umah "abang Zack" ke? Tak takut ke ant die datang jumpa ko... "Ooooooo ko ghupenyer wak ye..Oooooooo"

radenjowo said...

dak ...citer ni 10 tahun dulu. Orang kuek UMNO. Gua consultant power tu jam. So datang untuk makan je. Sampai sekarang di bayar hutang. Kena gua .... wakakaka

Posting terkini

Blog Archive