marhaen | mum sudah mengetahui bagaimana saksi kes mahkamah biasanya akan diasuh untuk duduk di kandang saksi. Mereka akan diatur cara cakap dan bagaimana menghadapi serangan peguam ketika perbicaraan berlangsung. Para pendakwaraya serta pembantunya akan membentuk saksi laksana seorang peragawati untuk berjalan cara ‘catwalk’ bagi memakukan perhatian penonton. Di sini selain dari percakapan, malah emosi serta mimik muka juga akan dibentuk. Kekadang, pegawai atau peguam pendakwa akan memberi isyarat tertentu dalam mahkamah kepada saksi semasa disoal-jawab.
Ini suatu yang lumrah sahaja dan menjadi pengetahuan umum. Malah bagi mereka yang biasa berdampingan dalam kes-kes mahkamah, apa yang saya tulis ini merupakan makan pakai hari-harinya.
Kelmarin ada sidang akhbar yang dibuat oleh Keluarga Saiful bersama dengan peguamnya. Natijah dari sidang akhbar itu menekan akan pentingnya DS Anwar memberikan sampel DNA serta hujah bapanya betapa Saiful berkata benar dan tidak berbohong. Mereka setapak ke depan dengan memainkan sentiment Islam apabila mengatakan yang Saiful sanggup tampil ke hadapan untuk bersumpah di masjid secara Islam selepas siap laporan polis dengan bersaksikan para ulama.
Kehadiran peguam kepada Saiful serta bapa saudara nya yang kelihatan lembut itu, lebih kepada perbicaraan serta pembentukan persepsi pembaca di dada akhbar. Ditambah dengan komen-komen Pak Menteri serta sidang akhbar sebegitu diharap dapat menghasilkan tanggapan yang Anwar memang bersalah meliwat saluran tahi Saiful kerana keengganannya memberikan sampel DNA. Itu sahaja.
Persoalan kenapa saiful berada di bawah jagaan dan kawalan pihak polis dijawab lewa betapa ia perlu bagi menjaga keselamatannya. Nokhtakh. Gamaknya mereka takut Saiful menjadi sasaran pengikut Anwar!
Sebenarnya, itu lah jua yang pernah dilalui saksi pendakwa dalam tuduhan liwat tahun 1998 dahulu. Azizan, Umi Hafilda malah Tan Sri Musa Hasan turut melalui proses penghafalan skrip dan penjagaan tingkah laku agar bahasa badan seiringan dengan cerita yang nak dibohongkan. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment