tranungkite | ....Terbongkarnya pita video VK Linggam telah meruntuhkan maruah perundangan dan kehakiman negara kita di seluruh dunia. Bagaimana seorang 'tauke judi' dan 'peguam mabuk' boleh menentukan siapa yang boleh berada dalam hierarki kehakiman negara dan siapa yang perlu disingkirkan, amat memalukan! Malah mereka juga berkuasa untuk membuat penghakiman untuk kes-kes berprofil tinggi. Siapa yang membiarkan perkara ini berlaku? anda semua tahu.
Lihat sahaja kes liwat DSAI pada 1998, bagaimana hakim boleh mengabaikan begitu banyak percanggahan fakta dan bukti dan akhirnya DSAI dikurung selama 6 tahun sehinggalah Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Segala kesalahan yang disabitkan keatas DSAI telah digugurkan dan beliau dibebaskan. Ramai percaya ada individu tertentu yang mengarahkan DSAI dibebaskan.
Siapa? anda semua tahu. Hari ini laporan Suruhanjaya yang menyiasat kesahihan pita video Linggam telah tersimpan elok didalam fail tanpa apa-apa tindakan susulan oleh kamar Peguam negara. Kes yang sebegitu besar yang melibatkan maruah negara boleh diabaikan begitu sahaja, apa sudah jadi? Dunia luar terutamanya Singapura tersenyum sinis dengan apa yang berlaku didalam sistem negara kita yang diibaratkan sebagai 'sarkis' oleh mereka. Hanya seorang yang mengarahkan singa, gajah, harimau dan monyet untuk mengikut apa disuruh.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment