harakah | ...Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta.
"Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya.
"Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara 'manual' dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan," katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan.
"Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,"tambahnya lagi. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment