kickdefella | ....Selepas PRU12, bekas Ketua Bahagian ini bertemu Abdullah dan menyerunya supaya berundur. Abdullah sebaliknya berhujah selama 90 minit tanpa terlelap mempertahankan polisinya dan mengapa dia harus kekal sebagai Presiden UMNO. Di penghujung 90 minit itu, Abdullah mendedahkan kepada bekas Ketua Bahagian tentang satu insiden yang akan berlaku pada Ogos 2008. Bekas Ketua Bahagian yang tamak ini akhirnya menyedari dia akan bertambah-tambah senang jika dia menunggang Abdullah berbanding dengan Najib lalu, dia mencadangkan supaya PAS ditonggang untuk tujuan ini supaya tuduhan memecahbelahkan Malaysia kelak dihumban pada PAS. Abdullah tersenyum mendengar cadangan itu lalu bekas Ketua Bahagian itu berkata Dah Main Belakang Kot? Dan mereka pun gelak sekuat-kuatnya mengenangkan apa yang akan berlaku.
Bagi mengangkat premis ini, Abdullah menggerakkan plotnya dengan mengumpan PAS didalam Muqabalah menerusi perjumpaan kedua di Parlimen dalam satu sessi orgi diluar aturan tabii yang dirahsiakan dari pengetahuan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.
Pada waktu yang sama bekas Ketua Bahagian itu telah membocorkan kepada seorang broker politik Pakatan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim akan didakwa pada Ogos 2008. Pendedahan ini dibuat tanpa pengetahuan ana-anta tetapi diatur dengan rapi supaya ia akan sampai juga pada ana-anta sebelum pertemuan seterusnya. Jelas sekarang, tujuan bekas Ketua Bahagian berbuat demikian adalah bagi meyakinkan ana-anta bahawa Pakatan Rakyat akan tumbang kerana Anwar Ibrahim akan kembali ke penjara. Ana-anta yang telah diketahui umum begitu tidak berminat dengan Anwar Ibrahim tentu lebih yakin bahawa PAS perlu tinggalkan Pakatan sebelum Pakatan tumbang.
Maka apabila pertemuan seterusnya berlatarbelakangkan senario beberapa pengakuan bersumpah yang melontarkan pelbagai dakwaan terhadap Najib Razak, Abdullah menggunakan kesempatan itu menyakinkan ana-anta bahawa dia perlukan sokongan padu orang-orang Melayu untuk membersihkan kerajaan daripada segala kotoran.
Abdullah merayu sokongan ana-anta demi Melayu dan demi Islam supaya bersamanya untuk memberikannya kekuatan untuk bertindak. Umpan ini nampaknya semakin mengena sehinggalah ia terbocor kepada media dan sehinggalah Mursyidul Am PAS terhidu sesuatu yang tidak kena.
Sebenarnya Abdullah merancang untuk membunuh Najib Razak dan menutralkan Anwar Ibrahim dengan menggunakan PAS. Tetapi PAS tidak akan main belakang. PAS bukan parti main belakang. Yang main pintu belakang hanyalah ana-anta. Yang kini sudah secara terbuka mengaku tidak mempercayai Anwar. Yang sehingga kini belum memohon maaf secara terbuka setelah di bangunan Parlimen menafikan ada perjumpaan diantara UMNO dan PAS.
Apakah Abdullah tahu bahawa Najib Razak sedang merancang sesuatu untuk mematikan Anwar Ibrahim, setelah Abdullah sendiri memberi talian hayat kepada Anwar selepas pilihanraya 2004? Lalu Abdullah bertindak bijak (sesuatu yang tidak dimilikinya) dengan menangguk di air yang dikeruhkan dengan pelbagai pendedahan Anwar dengan Najib?... selanjutnya.
no2umno - Kecoh Anwar akan bertanding di Kulim ... soalnya, sempat ke dia bertanding ketika SPR masih seperti dulu? Aku ragu ragu ...
Jul 29, 2008
Dah Main Belakang Kot
Labels: Muzakarah PAS UMNO, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP?

Sifat pemimpin gerakan Islam yang naif, berbaik sangka, tawadhuk, tasammuh dan mesra pelanggan memang mudah dieksploitasi oleh musuh. Bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli PAS juga bersifat demikian. Dalam jamaah Islam termasuk PAS, memang ada segelintir dari kalangan ahli yang cuba mempamerkan sifat 'low profile' dan beralah dengan musuh kononnya sebagai taktik atau pendekatan untuk mendekati dan melembutkan hati musuh atau 'mad'u'.
Golongan ini memang 'gullible'. Kami kerap menyatakan bahawa dalam PAS kalau ada individu yang pandai bercakap sedikit, atau selebriti, maka pantaslah ia menjadi pemimpin. Kalau Siti Norhaliza atau Mawi masuk PAS, kami yakin, dalam masa setahun, mereka akan jadi pemimpin dalam PAS. Ini terbukti dengan senario di Kelantan dan di negeri-negeri lain bilamana ada pemimpin UMNO yang masuk PAS, lalu mereka dilantik sebagai senator dan ADUN atau MP. Mereka yang veteran dalam PAS dipencilkan seolah-olah veteran ini tidak layak untuk jadi senator atau ADUN atau MP.
Terdapat juga golongan yang tegas dan tidak mahu berkompromi dengan musuh dan mengambil sikap musuh tidak boleh dipercayai. Tetapi golongan yang kedua ini selalunya dipencil dan diperapkan dalam balang kerana lazimnya mereka dianggap sebagai tidak berilmu dan ekstrim.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 28, 2008
Muslimah Pulak Nak Muzakarah?
email oleh Azzlie
Nak tergelak lagi. Biasalah kerja berita Utusan Meloya. Kerja dia meloyakan orang sahaja. Lain cerita tak ada. Yang terbaru sila baca di sini:-
Muzakarah Wanita UMNO, Muslimat Pas1. Dah tak timbul isu pasal muzakarah ini, dah tutup buku pun. Gunakan istilah yang betul, muhabalah.
KUALA LUMPUR 27 Julai - Wanita UMNO melalui Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) akan mengadakan muzakarah dengan Dewan Muslimat Pas bagi membincangkan isu-isu berkaitan wanita Islam di negara ini.
Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia akan diadakan secepat mungkin bagi mendengar isu-isu yang ingin diperjuangkan wanita.
"Saya rasa syukur sebab ada usaha muzakarah antara UMNO dan Pas. Banyak isu yang harus kita duduk sama berbincang yang melibatkan muslimin dan muslimat.
"Yang pentingnya kita harus berbincang, mengupas dengan teliti isu yang wujud dan mencari penyelesaian yang membelenggu masyarakat terutama wanita Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup Pertandingan Kesenian Islam Peringkat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) di sini hari ini.
Naib Ketua Wanita UMNO itu berkata, walaupun Pas adalah parti pembangkang, ia tidak pernah dilihat sebagai musuh kepada UMNO.
2. Lepas ini, nak suruh Muslimah Pas pulak jadi sasaran mereka. Aduh, tak terfikir dalam kepala macam mana makcik-makcik bertudung jambul nak berhadapan dengan makcik yang bertudung labuh. Bukan apa, rasa macam pelik sahaja.
3. Siapa Shahrizat? Nak cerita pasal wanita ke pasal Islam. Kalau nak bercerita pasal Islam rasa macam tak sesuai pulak. Lain aura. Lagipun satu masa dulu, pesta buih yang terkenal diadakan di Bangsar di tempat naungan dia. Tak ada pulak dia membebel apa-apa.... selanjutnya.
Labels: EMAIL, Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO/BN A 'LIABILITY' TO MALAYSIANS
kamaltalksmalaysia | ......UMNO seem to be desperate in regaining 'power' and feel that by creating 'unrest' in the PR coalition would give them a edge. Since this arrangement by PR partners are relatively new and any 'unrest' will create a rift since previous reunions had shown these results. UMNO as usual wanted to expoilt the situation to their advantage.
UMNO's popularity seems to be diminishing day to day by the rakyat since they are uncaring, ineffective, inefficient and corrupt in every manner and the rakyat seem to feel that they are a liability for the progress of the nation. Recent price hikes, cronyism, corruption and many others are matters that the rakyat dislike which the rakyat is trying to eradicate so that the rakyat can live in peace and harmony.
To make matters worst for UMNO/BN, PR had indicated they will form the next new Malaysian government by 16 September 2008, which the rakyat hope will become a reality. Datuk Seri Anwar Ibrahim had recently also reveal that he is the prime minister in the waiting which had given a boost to the rakyat that their hopes will be a reality.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit media, Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 27, 2008
Muqabalah bukannya muzakarah
harakah | ..."PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.
"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno.Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya pula menaruh keyakinan bahawa PAS Perak mampu merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil Umno dalam pilihan raya ke 13 akan datang. ... selanjutnya.
"Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya.
pada yang tak tau maksud muqabalah ...
Terpinar juga biji mata sekejap membaca perkataan muqabalah. Apa menatang muqabalah tu? Lepas tanya di pengirim baru tahu, rupa-rupanya maknanya bersemuka. Tak pa lah tidak muzakarah, bersemuka pun jadilah. - klpos
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO mesti amal Islam tulen untuk joint PAS
Korang jangan terpedaya dengan tajuk berita. Apa kata TG Nik Aziz tentang muzakarah PAS UMNO sudah cukup jelas. Tiada muzakarah !!! Tapi keesokan harinya Utusan Meloya dan beberapa media lagi terus mainkan melodi yang sama. Pada mereka rakyat mesti terus di tipu. Kalau tak tipu, UMNO tak boleh hidup.
Ada manusia yang baca tajuk berita. Isi kandungan tak payah jenguk, buang masa. Macam berita ini. Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru
Kalau baca isinya, maksud sebenarnya lain ....
Dah baca ... kita kena pikir. Sanggupkah Rosmah pakai tudung, tutup rambut sarang tebuan? Sanggupkah Azalina menjadi seorang wanita sejati dan mungkin isteri mithali? Sanggup ke pemimpin BN buang botox di muka untuk menjadi HALAL? Sanggup ke mereka buang semua kekayaan untuk masuk PARTI yang berlandas kan Islam? Tu korang kena kaji dan aku berani kata, UMNO tidak akan ubah kepentingan diri.Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini
Itu sebab diorang cipta ISLAM HADHARI.
Dan kerana itu kita jangan meloncat bila dapat tahu berita bercanggah kerana kita tak baca isi, cuma baca tajuk.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jul 25, 2008
PAS was offered Selangor MB post at early stage - Pak Lah
sun2surf | Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said PAS was offered the position of Selangor Mentri Besar at the early stage of the Umno-PAS when the state government has yet to be formed.
He said there was nothing wrong with making such an offer as during that time, Umno felt it has garnered the highest number of votes during the general election, therefore it has the right to negotiate with any parties to form the government.
"At that time, Umno held that it has a right to seek the opportunity to form the government and to negotiate with any parties to form the government. It was in that process that it came up. It was in that kind of argument.
"There was nothing wrong with it. There was nothing bad about it because the government has yet to be formed and Umno felt that the party with the highest number of votes has the right to seek cooperation, alliance or coalition with any political parties," he said Friday (July 25).
Abdullah said Umno had felt that Barisan Nasional (BN), as the coalition with the biggest number of votes, should lead the Selangor government because opposition’s Pakatan Rakyat was not a formal registered party like BN.
"If they (BN) had enough votes, they were able to present to the Sultan of Selangor, (saying) look, we have enough number of votes to form the government. But it never happen," he said.
Asked whether there is a likelihood of cooperation in terms of politic with PAS rather than on religion and unity only, he said: "I do not wish to make any kinds of prediction on what can happen in future." ... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO - hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong......
alditta | ...Umno dikatakan telah menawarkan kepada PAS beberapa jawatan tinggi, termasuk jawatan MB, sekiranya PAS bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Selangor,
Perak dan juga diperingkat Persekutuan.
Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menggesa muzakarah PAS-Umno dihentikan kerana bimbang partinya dilihat sebagai "kera sumbang",sebaliknya mencadangkan PAS-UMNO mengadakan muqabalah berkaitan dengan isu agama Islam. Read here.
PAS janganlah terperangkap dengan janji manis UMNO. PAS juga harus fikir wadah perjuangannya selama ini adalah jauh berbeda dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.Umpamanya berkaitan dengan konsep Islam Hadari,PAS tidak pernah menyokong konsep ini. Sanggupkah PAS terima konsep Islam Hadari demi perpaduan Ummah?
Yang pasti UMNO sudah desperate. UMNO sedar sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut kian terhakis. UMNO juga sedar bahawa orang Melayu sudah bersatu untuk menolak politik kronisma,rasuah dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
UMNO hanya mampu berkuasa dengan sokongan parti-parti Melayu dan bukan Melayu dari Sabah dan Sarawak saja,sedangkan sokongan orang Cina dan India sudah merudum. Tanpa sokongan ini UMNO sudah lama terkubur.
PAS perlu belajar daripada pengalamannya semasa berada dalam BN dulu dan macam mana setelah UMNO pulih kekuatannya semula setelah mengalami kekalahan teruk dalam pemilu 1969,PAS diterajang keluar macam sampah ditepi jalan. Jika UMNO begitu gila talak sangat kat PAS cadang UMNO bubar saja dan bergabung denan PAS.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO, UMNO pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 24, 2008
MB: Umno dreaming, 'sleep talking'
Sun2surf | Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim says the issue of PAS leaving Pakatan Rakyat (PR) to join Umno in the Barisan Nasional (BN) does not arise.
"I think Umno is dreaming for that. They are 'sleep talking'," he said when a reporter asked him whether PR was prepared for the possibility of losing PAS in the coalition.
Khalid said: "PAS members are working together (with us). Selangor exco members from PAS are working well. I hope we reduce political discussions and increase welfare efforts and state development work."
On Sunday (July 20), Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi made headlines when he admitted that Umno and PAS have been holding talks to address issues on Muslim and Malay unity.
Abdullah's admission have sparked mixed reactions from all parties and indicvidual leaders. DAP veteran and Ipoh Timor MP Lim Kit Siang had queried why Abdullah, who claims to be a prime minsiter for all Malaysians, is not talking about Malaysian unity instead.
Speaking to reporters after opening the new Monfort Girls Centre (MGC) in Monfort Boys Town today, Khalid said the RM7 million project features three main buildings; girls dormitory, assembly hall and training centre.... selanjutnya.
Labels: Belit Khir Toyo, Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sikap diskriminasi Umno punca muzakarah tidak diminati - Nik Aziz
Harakah | ...Kelantan menjadi mangsa diskriminasi pemimpin kerajaan pusat dan terbaru Kementerian Pelancongan menyekat bantuan sebanyak RM8 juta kepada negeri ini bagi membangunkan bandar pelancongan di Rantau Panjang.
"Selain itu sampai sekarang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang bertanggungjawab bagi projek penanaman padi tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadumil Ilmi dekat sini, hari ini.
Menurutnya agensi lain di bawah persekutuan termasuk Mara juga menganaktirikan penyokong bukan Umno bagi menyewa premis milik agensi terbabit.
"Baru-baru ini ada penduduk di Tanah Merah diberi borang permohonan untuk menduduki bangunan Mara, tetapi di saat-saat akhir permohonan tersebut ditolak dengan alasan penyokong pembangkang," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai isu pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan Terengganu bagi kegunaan Exco dan pegawai kanan beliau mengakui Proton Perdana V6 membabitkan kos penyelenggaraan tinggi.
Namun katanya, kerajaan Kelantan masih lagi menggunakan kereta buatan Malaysia dan Mercedes sedia ada masih digunakan. ... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
No Crossing over [to UMNO] - Mat Tyson
malaysianinsider | In one of the rare moments when Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi did not meet the press after chairing the Umno supreme council meeting in Kuala Lumpur, Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhd Taib in a doorstop interview just now told reporters that the council discussed about the Prime Minister's meetings with Pas.
He said that after meeting Pas leaders three times, there would be more meetings to discuss issues on Islam that both sides would not compromise. "The issue is not about anybody crossing over (to Umno)," he said. Other issues discussed were the on-going branch meetings and related party matters.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 23, 2008
DAP tak pernah tipu PAS

normanfernandez | DAP tidak pernah tipu PAS. Begitulah pengakuan Tuan Guru Nik Aziz semasa ditemubual akhbar Siasah. Apabila ditanya Siasah bagaimana Pas boleh berbaik dengan DAP sedangkan dengan UMNO tidak, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan :-
"DAP tidak pernah tipu kami, semasa dia hendak keluar dalam pakatan Gagasan Rakyat sebelum ini mereka memberitahu dengan terbuka. Biar pun DAP keluar dari gagasan tetapi tidak macam PAS keluar dari BN sehingga pecah tiga parti itu.Semoga PAS mengambil iktibar daripada kenyataan Tuan Guru.
Umno bawa PAS masuk dalam Barisan Nasional maka kami setuju, kemudian apabila sudah tidak perlukan lagi dia tendang kami keluar."
(Sila baca Siasah edisi 20 - 26 Julai).
Semalam suratkhabar-suratkhabar tempatan memaparkan pendedahan Perdana Mentari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengaku bahawa yang UMNO dan PAS telah bertemu sebanyak tiga kali untuk berbincang berkenaan dengan hal kepentingan bersama.... selanjutnya.
no2umno - Adui mak ...... satu penghinaan kepada UMNO. Hina ... memang hina.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Dr Hassan muncul di sisi MB S'gor
malaysiakini | ...Datuk Dr Hassan Ali, exco Selangor yang jarang muncul di sidang media bersama Tan Sri Abdul Khalid Samad, hari ini duduk sebaris bersama menteri besar ketika kontroversi rundingan PAS-Umno sedang hangat diperkatakan sekarang.
Mengulas kenyataan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tentang tawaran jawatan kepada pemimpin PAS di negeri itu jika wujud kerajaan campuran, Abdul Khalid berkata hubungan PKR dengan PAS tiada masalah.
Beliau enggan mengulas lanjut, sementara Dr Hassan, pesuruhjaya PAS negeri yang hadir dalam pertemuan dengan perdana menteri dan Dr Mohamad Khir pada Mac lalu, tidak memberi sebarang ulasan.
Turut hadir di sidang media yang sama, tiga lagi exco - Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Yaakob Sapari.
Di sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri lewat petang ini, Abdul Khalid berkata Selangor akan memangil perundingan tentang belanjawan tahun depan pada 4 dan 11 Ogos, masing-masing di Shah Alam dan Kuala Selangor.... selanjutnya.
Labels: Belit Khir Toyo, Kerajaan Selangor, Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PAS kekal dengan Pakatan, tidak dengan Umno
Siasah | Pemimpin tertinggi PAS menegaskan tidak pernah berbangkit PAS hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno bahkan akan kekal dalam Pakatan Rakyat.
Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Tujuh daripada 13 anggota anggota Majlis Syura Ulamak Rabu lalu mengambil masa kira-kira sejam lima minit membincangkan kekeliruan berhubung ‘muzakarah’ yang dikatakan telah berlaku antara pemimpin PAS dan Umno baru-baru ini.
Pertemuan tertutup itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bermula kira-kira pukul 4.05 minit petang tadi di JKR 10, kediaman rasmi MB Kelantan.
Hadir sama dalam pertemuan itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Muhammad Daud dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO, TG NIK AZIZ
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Majlis Syura Ulamak Mengunjungi Mursyidul Am Pas
msomelayu | AHLI Majlis Syura Ulamak Pas hari ini mengunjungi Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini bagi menjelaskan isu mengenai muzakarah Pas - Umno yang menimbulkan kekeliruan.
Perjumpaan dijangka berlangsung selepas Zohor ini di JKR 10 di Kota Bharu Kelantan.
Antara ahli majlis syura yang hadir ialah Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Ahmad Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ikut sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din.
Kunjungan bagi menjelaskan isu berkaitan penting memandangkan timbul berbagai kekeliruan dan salah tanggapan mengenai rancangan mengadakan muzakarah berkenaan.
Nik Aziz sendiri dalam soal ini mengerluarkan kenyataan berbagai-bagai di mana ia menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan ahli. Dan lebih parah apabila ia menampakkan wujud ketidaksefahaman beliau dengan Presiden.
Kenyaataan terakhir beliau memberi gambaran bahawa rundingan (muzakarah) itu tidak perlu diadakan sama sekali dan dalam masa sama beranggapan jika berlaku ia menyebabkan Pas akan jahanam dan rakyat akan marah.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ahli PAS bantah muzakarah dengan UMNO
Bermuzakarah dengan UMNO sudah di lihat seperti Islam membela anjing. Geli sangat rasanya. Masakan tidak, sudah banyak kali UMNO memutarbelitkan keadaan dan membuat pembohongan, kini PAS di katakan bekerjasama dengan PAS tanpa restu ahli PARTI. Dan akibatnya, perhimpunan kononnya bakal di adakan di Kuala Lumpur.
Kalau pemimpin masih berdolak dalik, rasanya pertukaran pemimpin akan berlaku. Jesteru itu ..... Pemimpin parti wajib memberikan penerangan khusus untuk membuktikan kenyataan UMNO tentang muzakarah selama ini adalah penipuan yang dirancang untuk mengkucar kacirkan ahli PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau dah ahli PAS pun sudah benci dengan UMNO, jangan disebut nama tu lagi. AKu pun terasa geli nak dengar.....malaysiakini | Tidak cukup dengan perbahasan di internet dan sesama sendiri pro dan kontra muzakarah PAS-Umno, sekumpulan ahli PAS merancang mengadakan demonstrasi membantah kerjasama dua parti itu, lusa.
Dalam sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli dan penyokong PAS mulai semalam, perhimpunan itu akan diadakan di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut selepas solat Jumaat.
Demonstrasi itu dinyatakan sebagai menunjukkan "sokongan kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menentang kerjasama Umno-PAS."
Bagaimana usaha Malaysiakini sejak semalam belum berjaya menghubungi pihak yang bertanggungjawab menganjurkannya.
Beberapa sumber menyatakan, perhimpunan itu mahu dilihat sebagai "usaha spontan ahli-ahli akar umbi" menyatakan sikap terhadap usaha dialog yang diketuai oleh timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dengan restu dan dukungan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.... selanjutnya.
Melihatkan kemarahan penyokong, Salahuddin memberikan penerangannya ...PAS 'tidak minat tawaran' Umno
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Percubaan Usang Khir Toyo Untuk Memecahkan PAS
Marhaen | ....Khir Toyo di dalam blognya telah menyatakan:
“Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.
Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.”
Jelas sejelasnya, Khir Toyo sedang cuba untuk memecahbelah perpecahan PAS. Saya nak tanya Khir Toyo, adakah logik keputusan untuk menubuhkan kerajaan campuran terletak hanya di tangan Setiausaha Agung sahaja?
Untuk pengetahuan Khir Toyo, keputusan untuk tidak mengadakan kerajaan dengan UMNO di Selangor terletak di tangan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura dan bukannya Setiausaha Agung.
Tugas Dato’ Kamaruddin Jaafar hanyalah untuk MENGUATKUASA keputusan yang telah diambil oleh parti. Itu sahaja.
Dan hakikatnya, walaupun didesak oleh Dato Hasan Ali, Presiden PAS sendiri Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang menolak pelawaan UMNO dan menghalang Dato Hasan Ali dari menjalin hubungan dgn UMNO di Selangor.
Itulah sebabnya kerajaan campuran PAS-UMNO tidak menjadi kenyataan di Selangor.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ana-Anta Terliwat Di Jalan Bellamy
kickdefella | Mengapa PAS dan UMNO mahu hidup berdua dan mati bersama? Jawapannya ialah demi Islam dan demi Melayu. Tetapi itu semua hanya akademik sahaja, sedangkan agenda sebenarnya ialah untuk menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Apa yang telah menjadi bukti ialah pengakuan kedua-dua pihak yang mereka telah berasmara didalam satu siri orgi politik di luar aturan tabii. Lantaran kerjasama PAS dan UMNO jika berlaku adalah ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Abdullah dan Najib akan mendapat bantuan hayat dan gagah semula lantaran menamatkan kritikan ke atas kepimpinannya dan PAS akan berderai seperti kaca jatuh ke batu.
Lantas bibit-bibit awal itu sudah menekan kudrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk berkata, “Saya tidak akan bercakap pasal Muzakarah lagi selepas hari ini.”
Sebelum itu Nik Aziz berkata, sebarang muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera dan jika tidak, PAS akan berpecah belah.
Apa gunanya Melayu gagah semula dan Islam bersatu jika ia tetap dipayungi oleh seorang pemimpin yang lemah? Selama manakah Melayu dan Islam akan bertahan dibawah kepimpinan yang lemah.
Kalau begitu banyak masa terluang untuk muzakarah maka bermuzakarah sahaja dengan PKR dan DAP tentang konsep pentadbiran negara Islam. Mengapa tidak diterangkan dengan jelas betapa agungnya dan betapa adilnya pentadbiran berlandaskan Islam. Bukankah itu dakwah yang lebih hebat?
Dan PAS juga boleh mendengar konsep keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh DAP. Kemudian satu titik tengah boleh dicapai.
Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu sebelum PAS mahu menubuhkan negara Islam. Tetapi orang-orang PAS tidak pernah melangkah mayat Karpal Singh dan Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Majlis Syura PAS bermesyuarat esok
siasah | Isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai besok apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat esok, 23 Julai di Kota Bharu.
Fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.
Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.
Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.
Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Labels: Muzakarah PAS UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 22, 2008
Kelantan to have pow-wow of Pakatan MBs, CM
Kelantan to have pow-wow of Pakatan MBs, CM
Star | Kelantan has proposed next month for the inaugural meeting of mentris besar and chief minister of the five Pakatan Rakyat-governed states in a move designed to counter allegations of a split in the alliance.
It is proposed that such a meeting be held on Aug 8 and 9 here a few weeks before PAS' own annual muktamar (gathering) in Perak.
Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat's political secretary Annual Bakri Harun confirmed the dates but stressed that the organisers were still finalising the details of the discussions.
State PAS secretary Datuk Takiyuddin Hassan is entrusted to head the organising secretariat for the historic high-level meeting.
It is learnt that following the spillover ''effects'' of the three meetings between three PAS decision-making leaders and Umno, namely its president and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, the proposed meeting would underline the commitment of PAS to uphold the pact agreed with DAP and PKR.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

malaysiakini
