Harakah | ...Kelantan menjadi mangsa diskriminasi pemimpin kerajaan pusat dan terbaru Kementerian Pelancongan menyekat bantuan sebanyak RM8 juta kepada negeri ini bagi membangunkan bandar pelancongan di Rantau Panjang.
"Selain itu sampai sekarang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang bertanggungjawab bagi projek penanaman padi tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadumil Ilmi dekat sini, hari ini.
Menurutnya agensi lain di bawah persekutuan termasuk Mara juga menganaktirikan penyokong bukan Umno bagi menyewa premis milik agensi terbabit.
"Baru-baru ini ada penduduk di Tanah Merah diberi borang permohonan untuk menduduki bangunan Mara, tetapi di saat-saat akhir permohonan tersebut ditolak dengan alasan penyokong pembangkang," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai isu pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan Terengganu bagi kegunaan Exco dan pegawai kanan beliau mengakui Proton Perdana V6 membabitkan kos penyelenggaraan tinggi.
Namun katanya, kerajaan Kelantan masih lagi menggunakan kereta buatan Malaysia dan Mercedes sedia ada masih digunakan. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment