malaysiakini | Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu akan membuat laporan polis berhubung kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang dilaporkan terlalu tinggi.
Laporan polis itu akan dibuat oleh Ketua AMK Terengganu Fariz Musa dan timbalannya, Muzafeq Affyulzalfuzam Mohamad di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 11 pagi esok.
Katanya, laporan tersebut akan dibuat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berlaku penyelewengan kos penyelenggaraan kereta tersebut.
"Ia selepas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dua hari lalu berhubung kos penyelenggaran bagi sebuah kereta Proton Perdana mencecah lebih RM 50,000 bagi sebuah kereta," kata Fariz ketika dihubungi hari ini.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment