tranungkite | ...Nampaknya sehingga ke hari ini, jelas UMNO telah berjaya memerangkap dan menggunakan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR). Memang diseluruh dunia, Parti Islamlah yang paling senang dianiayai dan tidak keterlaluan jika saya menggunakan istilah 'diperdayakan' oleh parti sekular. Yang mutakhir ialah di Palestin di mana HAMAS diperdayakan oleh FATAH. Begitu juga di Mesir di mana Ikhwanul Muslimin di perdayakan oleh Gamal Abdul Naseer.
Sifat pemimpin gerakan Islam yang naif, berbaik sangka, tawadhuk, tasammuh dan mesra pelanggan memang mudah dieksploitasi oleh musuh. Bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli PAS juga bersifat demikian. Dalam jamaah Islam termasuk PAS, memang ada segelintir dari kalangan ahli yang cuba mempamerkan sifat 'low profile' dan beralah dengan musuh kononnya sebagai taktik atau pendekatan untuk mendekati dan melembutkan hati musuh atau 'mad'u'.
Golongan ini memang 'gullible'. Kami kerap menyatakan bahawa dalam PAS kalau ada individu yang pandai bercakap sedikit, atau selebriti, maka pantaslah ia menjadi pemimpin. Kalau Siti Norhaliza atau Mawi masuk PAS, kami yakin, dalam masa setahun, mereka akan jadi pemimpin dalam PAS. Ini terbukti dengan senario di Kelantan dan di negeri-negeri lain bilamana ada pemimpin UMNO yang masuk PAS, lalu mereka dilantik sebagai senator dan ADUN atau MP. Mereka yang veteran dalam PAS dipencilkan seolah-olah veteran ini tidak layak untuk jadi senator atau ADUN atau MP.
Terdapat juga golongan yang tegas dan tidak mahu berkompromi dengan musuh dan mengambil sikap musuh tidak boleh dipercayai. Tetapi golongan yang kedua ini selalunya dipencil dan diperapkan dalam balang kerana lazimnya mereka dianggap sebagai tidak berilmu dan ekstrim.... selanjutnya.
NAK BLOCK BUAT APA.
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment